Ketika ini tak akan ada orang yang tidak kenal dengan Datuk Jimmy Choo kan? Sebut sahaja nama lagenda ini, ramai yang tahu Datuk Jimmy sangat terkenal dengan kasut buatan tangannya yang mewah dan eksklusif.
Potongan dan rekaan yang unik yang dihasilkan menjadi pilihan utama bagi selebriti dan model seluruh dunia termasuklah Puteri Diana sendiri.
Buat mereka yang meminati item fesyen daripada Datuk Jimmy Choo terutamanya kasut tingginya, DIVA kongsikan beberapa fakta menarik yang ada di kalangan kita tidak tahu mengenai pereka terkenal ini!
Lihat di bawah;
- Foto – @profjimmychoo (IG)
#1 Lahir sebagai anak pembuat kasut, Datuk Jimmy diperkenalkan dengan teknik dan kraf pembuatan kasut sejak usianya masih kecil. Selepas dilatih menjadi perantis bapanya, beliau telah berjaya hasilkan sepasangan kasutnya sendiri pada usia 11 tahun.
- Foto – Rediff.com
#2 Selain selebriti terkenal dan pelanggan A-list, Puteri Diana pernah jadi peminat setia jenama ini sejak awal penciptaannya. Kata Datuk Jimmy, Puteri Diana sangat menyukai rekaan kasutnya dan kasut terakhir yang dihasilkan olehnya adalah sepasang pump emas. Tetapi kasut itu tidak sempat diserahkan kerana Puteri Diana terlibat dalam kemalangan tragis.
#3 Sama ada di dalam filem Legally Blonde 2: Red, White, and Blonde (63 pasang kasut) atau Sex and City, kamu akan dapat melihat kasut buatan tangan yang direka khas oleh Jimmy Choo.
- Foto- Luxity
#4 Selepas melawat bengkel di Fukushima, Jepun, Datuk Jimmy telah membuat 6 pasang kasut tinggi yang menggunakan bahan asli di tempat tersebut. Antaranya adalah kapas Aizu, barang lakuer dan sutera Kawamata. Kemudian kasut itu didermakan pada organinasi tempatan Fukushima selepas dipamerkan.
- Foto – Pinterest
#5 Sangat mempercayai pada Feng Shui, Datuk Jimmy dilaporkan mempunyai pengamal Feng Shui yang profesional dari Malaysia untuk menilai kedainya di London. Katanya pengamal tersebut sentiasa menasihatinya untuk pastikan mesin tunai menghadap jauh dari pintu untuk menghalang wang keluar dari kedai tersebut.
Jadi itulah fakta tentang Datuk Jimmy Choo yang mungkin ada sesetengah daripada kita tidak tahu.