Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Dramatis ‘Mata Biru’ Misteri, Ini Trik Mudah Solekan Pembayang Mata Biru

by Indah Aziz
September 11, 2022
Foto - Beauty Crew

Foto - Beauty Crew

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Permainan solekan mata warna biru bukanlah menjadi pilihan utama. Namun ia tidak pernah hilang, jika dihidupkan semula pasti akan solekan itu akan jadi perhatian ramai. Solekan pembayang mata kebiruan juga sering kali dikaitkan dengan misteri tapi ramai yang lupa, ia sebenarnya meletakkan keyakinan seseorang itu untuk tampil luar biasa.

Jadi bukan sebarangan orang boleh bawa konsep biru seksi begini. Malah, teknik solekan mata biru smokey ini perlu dipraktis. Ini kerana warna biru mudah untuk kelihatan comot. Apatah lagi bila tidak banyak produk mekap yang cenderung mengeluarkan warna biru atas alasan ia bukan warna solekan harian.

Usah khuatir, DIVA cuba bantu anda dengan beberapa tips bernas untuk solekan pembayang mata biru dan produk pilihan DIVA!

#1 Palet pembayang mata

Foto – Youtube Morgan Turner

Pilih palet pembayang mata yang lengkap dengan padanan warna-warna asas seperti coklat perang dan beige. Ia sangat membantu untuk mengimbangi warna biru yang bold. Jangan lupa dengan kualiti produk yang pekat, tidak mudah tanggal dan tahan lama. Nasihat DIVA, gunakan rona biru laut atau biru pekat sebagai permulaan. Ia lebih sesuai untuk semua jenis tona kulit.

Pilihan DIVA: Pat Mcgrath Labs Mothership | Subliminal Eyeshadow Palette [BELI]

#2 Celak mata

Foto – Sephora / Gazelle Magazine

Guna celak mata atau eyeliner jenis pensil berbanding cecair. Ia lebih tahan lama, kalis air dan paling penting mudah untuk digariskan di bawah mata. Terdapat banyak warna-warna biru untuk celak mata tapi DIVA suka sekali dengan warna biru terang seperti di atas. Ia boleh dijadikan celak mata mekap harian atau kontras solekan mata yang gelap.

Pilihan DIVA: Fenty Beauty Flypencil Longwear Eyeliner Lady Lagoon [BELI]

#3 Pembayang mata (cecair)

Foto – Stila Cosmetics

Tak kreatif untuk bermain warna palet pembayang mata? Anda boleh ganti dengan pembayang mata jenis cecair. Ia pekat dan mempunyai glitter menyempurnakan untuk mata tampak lebih galak. DIVA rasa wajib ada satu eyeshadow ini sesuai untuk solekan malam atau parti. Mudah!

Pilihan DIVA: Stila Glisten & Glow Liquid Eye Shadow Waterfall [BELI] 

#4 Maskara

Foto – Voir Fashion

Tak lengkap lah hiasan mata tanpa sapuan maskara bukan? Jika anda mahu naikkan lagi rona biru pada kelopak mata, cuba warna maskara biru yang lebih terang.

Pilihan DIVA: Benefit Cosmetics BADgal Bang! Mascara – Blue [BELI]

Janji banyak praktis, pasti anda boleh lebih yakin nak tampil seni solekan biru. Selamat mencuba!

Tags: pembayang mata birusolekan mata birutips smokey eyes
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Dramatis ‘Mata Biru’ Misteri, Ini Trik Mudah Solekan Pembayang Mata Biru

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.