Selain menjadi duta jenama Ariani, Bella Dally dan Uyaina Arshad tak dinafikan kerap kali mencuri perhatian orang ramai. Bukan disebabkan oleh keletah mereka saja, tetapi juga fesyen yang digayakan.
Dua sahabat baik yang merangkap ikon fesyen muslimah ini sentiasa dinantikan kerana pemakaian mereka yang cukup sopan, elegan dan on point! Memang sesuai sangat untuk muslimah moden di Malaysia ikuti atau olah semula gaya mereka.
Jom intai fesyen mereka di bawah;
Warna putih sentiasa berikan penampilan nampak lebih eksklusif. Untuk gayakan warna putih, kamu boleh pilih blaus yang diperincikan dengan cetakan floral atau disulam dengan kilauan untuk naikkan seri kamu!
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Bersukan pun kena bergaya, sama ada head-to-toe dalam warna pakaian yang sama atau tambahkan aksesori seperti topi untuk nampak berbeza.
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Nampak comel dengan padanan dress atau skirt. Kenakan warna monokrom untuk nampak lebih cantik!
IKLAN
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Rona terang seperti royal blue boleh naikkan lagi seri penampilan kamu. Jangan lupa gandingkan dengan tudung bercorak atau nak play safe, kenakan tudung senada.
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Padanan rona kuning dan coklat tak pernah salah.
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Ala-ala lady boss, sama ada kamu kenakan gaya klasik seperti Bella atau nampak lain sedikit seperti Uyaina; dress dipadukan bersama blazer.
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Untuk gaya kasual, kamu boleh gayakan oversized blazer dalam rona yang menonjol seperti pink, atau pun padankan satin dress dengan cardigan bercetak comel!
- Foto – @belladally (IG)/ @uyainaarshad (IG)
Selamat beramal!