Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Eksklusif Hanya RM59/Semalam, Inap Di 7 Airbnb Ini Sempena Hari Malaysia!

by Soph.Azz
September 9, 2022
Foto - Airbnb

Foto - Airbnb

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tinggal lebih kurang seminggu sebelum kita menyambut Hari Malaysia yang ke-59. Bersempena dengan sambutan ini, Airbnb menawarkan peluang eksklusif untuk penginapan yang unik dengan harga RM59 sahaja!

Penginapan unik dalam lima kategori yang dipilih khas oleh Airbnb ini tersedia untuk penginapan satu malam eksklusif iaitu pada 16 September 2022.

Fungsi kategori yang dilancarkan pada bulan Mei lalu adalah untuk mengatur penginapan berdasarkan gaya reka bentuk, lokasi dan kehampiran dengan sesuatu aktiviti seperti;

Kategori Kabin 

Dikelilingi oleh kehijauan subur dan terletak jauh dari kesibukan bandar, D’ Bambusa Vulgaris Lodge, Langkawi ini merupakan kotej yang sangat cantik. Sesuai sangat untuk mereka yang mahukan percutian yang menenangkan dan senyap sunyi.

Foto – Airbnb

📌 D’ Bambusa Vulgaris Lodge, Langkawi [TEMPAH]

Damai Di Desa 

Suka suasana desa yang tenang dan damai? Pergi ke Dusun Organik Sungkai, Perak iaitu White Cottage; dikelilingi dengan kolam renang dan anak sungai. Tetamu boleh bersiar-siar dalam ladang buah dan taman permainan secara percuma.

Foto – Airbnb

Sebagai alternatif, kamu boleh tempah rumah tradisional Melayu iaitu Roemah Dahaman di Kedah atau chalet dua orang di Chemara 2, Terengganu.

Foto – Airbnb
Foto – Airbnb

📌 White Cottage, Perak [TEMPAH]

📌 Roemah Dahaman, Kedah [TEMPAH]

📌 Chemara 2, Terengganu [TEMPAH]

Fantasi Rumah Ladang

Sama ada bilik berdua atau bertiga, nikmati fantasi rumah ladang kamu di Johor Bahru. Terletak di Durian Guesthouse, di sini kamu dapat melihat dan rasai sendiri ladang permakultur, sabun mesra alam dan perabot buatan tangan.

Foto – Airbnb

📌 Durian Guesthouse, Kulai, Johor Bahru: [Bilik Berdua] / [Bilik Bertiga]

Penginapan Di Tepi Pantai 

Raintree Seaside Villa, Perak dibina daripada kayu keras dengan hiasan dalaman yang minimalis, vila ini sesuai untuk keluarga besar sehingga 16 orang. Kamu juga boleh lakukan aktiviti memancing di jeti berhampiran atau barbeku sambil menghadap laut.

Foto – Airbnb
BACA:  Tak Boleh Balik Beraya? 5 Airbnb Ini Beri Suasana Beraya Di Kampung

📌 Raintree Seaside Villa, Perak [TEMPAH]

Pilihan Reka Bentuk Yang Unik 

Reka bentuk yang unik ala-ala bohemian, tempah Classic Bohemian Loft yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Uniknya penginapan ini, ia menggabungkan warna dan tekstur estetik, beri pengalaman penginapan yang menarik!

Foto – Airbnb

📌 Classic Bohemian Loft, Kuala Lumpur [TEMPAH]

Psst… Tempahan untuk Hari Malaysia boleh dibuat sekarang tetapi tempahan terdahulu akan diutamakan.

FILED UNDER airbnb malaysiaairbnb murahhari malaysia
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.