Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ratu Elizabeth II Mangkat, Siapa Bakal Jadi Raja Britain Seterusnya?

by Soph.Azz
September 9, 2022
Foto - Town & Country Magazine

Foto - Town & Country Magazine

35
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam sejarah British, Ratu Elizabeth II merupakan raja yang paling lama memerintah iaitu selama 70 tahun; 7 tahun lebih lama daripada nenek moyangnya, Ratu Victoria.

Dan pada petang Khamis (8/9/2022) semalam, Ratu Elizabeth disahkan telah mangkat pada usianya 96 tahun di Scotland; estet di mana baginda menghabiskan sebahagian besar musim panasnya.

Melihatkan berita mengenai kemangkatannya itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi Raja Britain seterusnya?

Individu Ini Galas Tanggungjawab Sebagai Raja Britain

Memandangkan tahkta sebagai Raja Britain ‘kosong’, Putera Charles III iaitu anak kepada Ratu Elizabeth II secara automatiknya akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Foto – NBC News

Akta Penggantian Mahkota 2013: Sistem anak perempuan dalam garis pewarisan ditamatkan di mana anak raja akan ambil keutamaan tersebut; anak sulung (atau sesiapa di sebelah tahkta) akan menjadi raja, tanpa mengira jantina. Peraturan ini terpakai pada kanak-kanak yang dilahirkan selepas 28/10/2011. Akta ini juga menamatkan peraturan jika seorang waris berkahwin dengan Roman Katolik, mereka akan hilang kelayakan daripada garis keturunan.

Manakala isteri Putera Charles III, Camilla yang dahulunya Duchess of Cornwall kini menjadi Raja Permaisuri. Ini kerana Ratu Elizabeth II telah mengumumkan dia mahu Camilla dikenali sebagai Raja Permaisuri Camilla. Putera William dan isterinya, Kate Middleton pula, kini telah menjadi Duke of Cornwall dan Cambridge.

Foto – RSVP

Untuk pengetahuan kamu, selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, inilah individu yang berada dalam barisan takhta:

  • Putera Charles III yang dahulunya Prince of Wales, segera menjadi Raja Britain. Isterinya, Camilla, Duchess of Cornwall akan menjadi Raja Permaisuri.
  • Seterusnya selepas Raja Charles III, Putera William akan menaiki tahkta sebagai raja memandangkan dia adalah anak sulung.
Foto – Pinterest
  • Mengikuti Putera William, putera sulungnya iaitu Putera George berusia 9 tahun, berada dalam barisan takhta.
  • Selepas George adalah pewaris yang kurang berkemungkinan, adik George Puteri Charlotte, 7, dan Putera Louis dari Cambridge, 4.
  • Sekiranya barisan pewarisan berjaya sampai sejauh ini, pewaris takhta seterusnya ialah adik Putera William; Putera Harry.

Takziah pada seluruh keluarga diraja Britain atas berita kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Tags: raja charles iiiRatu Elizabeth IIratu elizabeth ii mangkat
Share14SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ratu Elizabeth II Mangkat, Siapa Bakal Jadi Raja Britain Seterusnya?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.