Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Guna Retinol & Vitamin C, Antara Tips Jaga Muka Wanita 30-an

by Lisa AG
September 7, 2022
Foto - Filipino News

Foto - Filipino News

27
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila dah memasuki usia 30-an, rutin penjagaan wajah juga perlu dilakukan dengan rapi.

Bermula daripada membuang kotoran muka sehinggalah ke penggunaan krim malam untuk mendapatkan kulit wajah bersih dan bersinar, malah tambahan kepada anti-penuaan juga.

Sekiranya kamu menghadapi masalah penjagaan kulit, mungkin dah tiba masanya kamu meningkatkan rutin harian. Di sini, DIVA kongsi langkah-langkah penjagaan kulit untuk wanita atas 30-an menurut doktor pakar pembedahan plastik Anthony Youn, MD.

YouTube video

Exfoliate dua kali seminggu

Ramai skip melakukan proses pengelupasan kerana khuatir akan merosakkan lagi keadaan kulit. Kulit rosak terjadi apabila kamu menggunakan skrub dari bahan yang hanya merengsakan.

Semasa kita muda, kulit mengelupas atau bertukar setiap enam hingga lapan minggu. Sayangnya, proses ini lambat ketika kita semakin berusia. Oleh itu, kulit kita mengumpul sel-sel kulit mati, menjadikannya kusam dan kadang-kadang terasa sukar disentuh.

Foto – Pinterest

Pakar bedah plastik ini mengesyorkan pengelupasan wajah dua kali atau tiga kali seminggu jika kamu mempunyai kulit normal. Tetapi jika kamu mempunyai kulit sensitif, pengelupasan seminggu sekali sudah cukup.

Tips Doktor – Elak guna lulur wajah yang keras. Untuk pengelupasan yang lebih lembut, cubalah produk berasaskan asid seperti produk yang disuntik dengan glikolik atau serum vitamin C.

Jangan skip SPF

Pendedahan cahaya matahari menyebabkan kulit kendur dan berkedut sebelum waktunya. SPF 30 adalah pelindung matahari yang sesuai untuk digunakan.

Foto – Insider

Doktor memberitahu agar tidak menggunakan pelindung matahari yang mengandungi oxybenzone, yang merupakan “gangguan hormon yang diketahui.” Apabila membeli sebarang produk penjagaan kulit, sila periksa senarai bahan.

Guna serum yang mengandungi vitamin C dan E setiap pagi

Foto – Pinterest
BACA:  Awas! Kesilapan Fesyen Yang Membuatkan Anda Nampak Lebih Tua

Vitamin C adalah ramuan popular yang ada dalam banyak serum, dan untuk alasan yang baik: antioksidan melindungi kulit dari radikal bebas – penyebab lain penuaan kulit pramatang. Doktor mengatakan ia berfungsi lebih baik apabila digabungkan dengan vitamin E, daripada digunakan sendiri.

Tambah retinol ke dalam rutin

Doktor menjelaskan retinol adalah krim anti-penuaan terbaik yang diketahui secara saintifik. Bahan ini pada dasarnya berfungsi untuk mengelupas kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan bintik, dan ia membantu penghasilan kolagen pada kulit.

Foto – Pinterest

Kita sedia maklum, makin bertambah usia, makin berkurang kolagen. Jadi, gunakan krim berasaskan retinol setiap petang.

Sekarang dah jelas, jadi sama-sama kita menjaga kulit agar kekal bersih. Bila kulit bersih, hati pun senang!

FILED UNDER anti aginganti penuaanwanita 30-an
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.