Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rupanya Permaisuri Agong Tunku Azizah Guna Produk NIVEA Sejak Muda

by Lisa AG
September 7, 2022
Foto - NIVEA

Foto - NIVEA

31
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa di sini guna produk NIVEA? Nak tahu tak, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah pun guna produk NIVEA sejak muda.

Rangkaian produk penjagaan kulit NIVEA bukanlah sesuatu yang baru buat Raja Permaisuri Agong, di mana pada tahun 2019 baginda menyentuh hati rakyat Malaysia selepas berkongsi perasaannya menggunakan produk NIVEA.

“Raja Permaisuri Agong berkongsi bahawa baginda telah mengguna produk NIVEA sejak muda lagi.

“Sebagai jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia, selama lebih dari 100 tahun NIVEA telah membantu ramai orang untuk merasa selesa dengan kulit mereka sendiri,” kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Foto – NIVEA

Untuk pengetahuan kamu, NIVEA dipilih sebagai produk penjagaan kulit rasmi untuk Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2022 yang ke-17. Pada acara kemuncak, NIVEA menerima kunjungan hormat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah ke ruang pameran NIVEA.

IKLAN

Di situ, Raja Permaisuri Agong telah dipersembahkan dengan Set Rejimen NIVEA LUMINOUS Anti-Dark Spot Serum dengan formula dipertingkatkan. Set ini merangkumi Serum Anti Bintik Hitam, Krim Malam dan Krim Rawatan Mata.

Foto – NIVEA

NIVEA LUMINOUS merupakan suatu invosi cemerlang yang melalui proses penyelidikan selama sedekad, di mana lebih daripada 50,000 molekul telah diuji untuk menghasilkan bahan aktif yang memberikan prestasi 100 kali ganda lebih baik daripada bahan aktif pencerah terkenal yang lain.

Ia mampu mengurangkan bintik hitam dalam masa 2 minggu tanpa membahayakan kulit. Rejimen NIVEA LUMINOUS apabila digunakan bersama akan memberi keberkesanan 10 kali ganda dalam mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

Foto – NIVEA

Peminat produk kecantikan yang ingin mencuba produk unggul ini boleh terus ke mana-mana cawangan Watsons berhampiran bagi merasakan sendiri rawatan ala diraja.

Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA, sila layari www.nivea.com.my.

Tags: nivea luminouspermaisuri agong tunku azizah
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Rupanya Permaisuri Agong Tunku Azizah Guna Produk NIVEA Sejak Muda

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.