Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

7 Dekad Simpan Formula, Chanel Bawa Keluar Sycomore Sebagai Wangian Baru

by Indah Aziz
September 10, 2022
Foto - i Fragrance

Foto - i Fragrance

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wangian dari jenama Chanel bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Kita sudah tahu bagaimana Chanel No 5 dan Chanel Coco Mademoiselle antara wangian terbaik pilihan dunia. Kedua-duanya bercirikan feminin, klasik dan bauan mewah terulung.

Kini, Chanel sekali lagi melancarkan haruman baru yang dikatakan lebih unik dan bakal menyaingi dua haruman popular sebelum ini.

Digelar Chanel Sycomore, wangian yang kaya dengan pilihan ekstrak kayu-kayan. Ia diilhamkan dari penerokaan pokok hutan dari batangnya hinggalah ke akar.

Foto – Scientics

Jadi, ia sudah tentu sebuah wangian misteri, musky dan pedas untuk wanita berkaliber.

Sebenarnya ada kisah yang menarik disebalik Sycomore ini.

Ia bukanlah pati wangian yang baru dicipta. Sycomore telah direka sejak tahun 1930 oleh pengasasnya Gabriella Chanel. Haruman ini merupakan memori kanak-kanak Gabriella Chanel kepada kawasan gunung berapi Auvergne, Perancis.

IKLAN

Foto – Chic to Chic

Sycomore sudah beberapa kali ditambah baik dan dijadikan rujukan pada tahun 2008 dan kemudian tahun 2016 ia diperkenal sebagai Sycomore Eau de Parfum. Hasil kerjasam Jacques Polge dan Christoper Sheldrake membuahkan hasil apabila wangian menjadi pujaan ramai dan antara wangian unisex terbaik.

Setelah enam tahun berlalu, giliran Olivier Polge pula mengolah semula Sycomore kepada versi yang lebih baharu.

Foto – Fragroom

Wangian Chanel Sycomore Parfum (2022) lebih halus, meninggalkan jejak bau yang kuat dan menarik perhatian sesiapa sahaja.

Kombinasi iris, aksen kulit dan vanila adalah untuk memberi penghormatan kepada formula asal Sycomore 1930.

Sycomore Extrait Parfum Chanel 15ml [RM940]

Foto – i Fragrance

Jika anda suka not-not wangian woody, earthu, vanilla, aromatic dan powdery. Chanel Sycomore Eau de Parfum versi 2022 wajib jadi koleksi haruman terbaru anda.

Tags: chanelperfume chanel sycomore
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    7 Dekad Simpan Formula, Chanel Bawa Keluar Sycomore Sebagai Wangian Baru

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.