Terletak di rumah banglo tiga tingkat yang direka dengan taman di bahagian bumbung, BlackBixon Café kini dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur.
Info: BlackBixon2Go Sdn. Bhd. (BB2GO) adalah anak syarikat Ni Hsin Kumpulan Berhad.
Kafe dan restoran yang berada di kawasan banglo lama yang berselang-seli dengan pejabat ini boleh memuatkan hingga 200 orang. Bagi siapa yang mahu melihat pemandangan langit Kuala Lumpur, DIVA syorkan untuk kamu naik ke taman di atas bumbungnya. Memang berbaloi!
IKLAN
“Di bawah konsep kafe, rumah, pejabat dan mana-mana sahaja, kami menyediakan kemudahan untuk pelanggan membancuh kopi mereka sendiri.”- Encik Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan BB2GO.
- Foto – BlackBixon Cafe / Eat Drink KL
Buat yang mahu membawa keluarga atau rakan, kafe ini menyediakan pelbagai pilihan hidangan klasik Barat yang berkhasiat dari sarapan pagi hingga ke malam. Diiringi pula dengan minuman dan kopi istimewa; dibancuh daripada biji arabika premium yang dipilih khas dari ladang terbaik Rwanda dan Brazil.
Bukan itu sahaja, pelanggan berpeluang menikmati hidangan dan minuman istimewa yang dicipta oleh chef dan barista. Antara hidangannya adalah Charcoal Bun Beef Burger, Lamb Schnitzel, Chili Soft Shell Crab Pasta, Black Truffle Squid Ink Carbonara, Charcoal Latte dan Monochrome.
BlackBixon Café & Restaurant dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 10 malam, dan setiap hidangannya menyajikan daging halal.