Siapa yang tak menyukai watak konik Barbie? Apa sahaja merchandise berkaitan, pasti akan menarik perhatian pengguna. Dan Forever 21 turut tidak terkecuali.
- Foto – Forever 21 x Barbie
Koleksi Forever 21 x Barbie yang dinanti-nantikan akhirnya tiba di semua stor di Malaysia. Forever 21 bekerjasama dengan Barbie Mattel untuk memperkenalkan Koleksi Barbie Summer 2022 edisi terhad yang lengkap dengan pakaian, pakaian renang, pakaian tidur dan aksesori.
- Foto – Forever 21 x Barbie
Dilaporkan, hampir 20 item bertema Barbie boleh didapati melalui koleksi tersebut. Contohnya, set pakaian santai yang sepadan, grafik crop top dengan logo Barbie dengan reka bentuk Y2K.
IKLAN
Memang mampu milik, harga koleksi adalah antara RM59 hingga RM199 dan boleh didapati untuk masa terhad sahaja di kedai Forever 21 seluruh Malaysia.
- Foto – Forever 21 x Barbie
- Foto – Forever 21 x Barbie
- Foto – Forever 21 x Barbie
Koleksi ini terdapat dalam saiz XS – 1XL sesuai untuk semua bentuk dan saiz. Koleksi vintaj Forever 21 x Barbie boleh didapati di outlet Forever 21 terdekat untuk masa terhad sahaja.
Nak tengok koleksi Forever 21 x Barbie, pergi ke laman web www.forever21.my.