Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Profhilo Pengganti Filler, Kenapa Ramai Mula Guna Suntikan Pelembap Ini?

by Soph.Azz
September 6, 2022
Foto - Singapore Beauty

Foto - Singapore Beauty

25
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau kamu takut nak cuba filler atau botox, Profhilo mungkin alternatif terbaik yang kamu cari!

Daripada mengubah wajah dengan filler atau rehatkan otot muka guna botox; rawatan Profhilo yang tular di TikTok memberikan penghidratan yang jauh lebih dalam menjadikan wajah lebih gebu, lembap dan glowing.

Tapi sebelum nak lakukan rawatan ini, apa sebenarnya Profhilo? Dan paling penting sakit atau tidak rawatan ini?

Suntikan pelembap yang berkesan

Profhilo atau rawatan suntikan pelembap ini mengandungi hyaluronic acid (HA) yang mensasarkan pada setiap lapisan kulit. Ianya bertujuan untuk memulihkan tona, firmness dan keanjalan kulit wajah; yang tidak boleh dicapai melalui penggunaan produk pada permukaan kulit sahaja.

Foto – Linia Skin Clinic

Apabila disuntik ke dalam kulit, Profhilo membantu kulit untuk menahan air bagi melembapkan kulit dari dalam, serta merangsang penghasilan kolagen dan elastin.

Apa bezanya dengan filler atau botox?

Daripada segi bahan dan fungsi, Profhilo ini sangat berbeza dengan botox dan filler. Ia adalah rawatan regenaratif yang lembut; menjadikannya sebagai pilihan permulaan yang bagus untuk kulit yang kurang matang dan belum memerlukan suntikan kosmetik lain.

@so.aestheticsuk

#profhilo #profhilolondon #profhiloinjection #profhilobeforeandafter #skinbooster #bioremodelling #profhilouk #injectableskincare

♬ original sound – so.aestheticsuk

Dan paling penting, hasilnya lebih semula jadi, seolah-olah tiada sebarang rawatan yang dilakukan.

Bagus ke kalau lakukan rawatan ini?

Kebanyakan pakar syorkan rawatan ini bagi mereka yang mahu lakukan rawatan atau langkah pertama dalam rutin penjagaan wajah. Tanpa perlu mengubah sebarang bentuk muka, Profhilo dilakukan mengikut peringkat.

IKLAN

@ciaraodohertyy

Come with me to get my first Profhilo treatment in @sisuclinic / So far I am LOVING the results – have you ever had it done? #sp #sisuclinic #profhilo #profhilotreatment #profhiloinjection #fyp #foryoupage #beautyhacks #beautytips

♬ Call me – 90sFlav

Setiap tahapnya mencipta struktur dan sokongan bersama penghidratan, menjadikan kulit lebih gebu dan melantun seperti bayi. Dan jika dilihat menggunakan mata kasar, permukaan wajah akan lebih baik tekstur dan tonanya.

Sakit ke tak?

Suntikan ini tidaklah sakit dan hanya berasa seperti digigit semut. Kebanyakan doktor estetik yang profesional akan menggunakan teknik gangguan untuk kurangkan ketidakselesaan dan sensasi pedih hilang dengan cepat.

@jazzibeiny

Reply to @e.ls_ #profhilo #profhilotreatment #skincare

♬ original sound – ❦

Setiap sesi rawatan akan dijadualkan sebanyak dua ke tiga sesi dengan jarak satu bulan.

DIVA yakin selepas ini pasti ada yang mahu batalkan janji temu botox dan filler mereka, digantikan dengan rawatan Profhilo.

Tags: botoxfillerprofhilosuntikan asid hyaluronik
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Profhilo Pengganti Filler, Kenapa Ramai Mula Guna Suntikan Pelembap Ini?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.