Selepas mengeluarkan beg plastik sampah ‘Trash Pouch’ dan anting-anting tali kasut; tular pula gambar sandal yang mempunyai nama Balenciaga di atasnya.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah sandal itu diperbuat daripada botol plastik terpakai. Kemudian tali getah sandalnya pula dicop dengan nama ‘Balenciaga’.
Sebenarnya betul dijual atau tidak?
Gambar sandal botol plastik itu tular selepas seorang lelaki @neondazer dari Rusia mendakwa dirinya sebagai artis dan pereka. Lelaki tersebut telah memuat naik gambar yang menunjukkan sandal tersebut diperbuat daripada botol plastik terpakai yang diratakan.
IKLAN
- Foto – @neondazer (IG)
Dan di posting lain pula, dia telah memuat naik gambar penyanyi Justin Bieber yang bergaya dengan beg Classic City hitam sambil memakai sandal tersebut. Malah ada juga gambar tangkapan skrin dari web Balenciaga yang disertakan dengan harga, menjadikan ramai yang yakin sandal itu wujud.
Tetapi sebenarnya sandal ini hanyalah imaginasi @neondazer sahaja, seperti apa yang tertulis pada posting pertamanya “Konsep selipar botol oleh Neondazer”.
- Foto – @neondazer (IG)
“Apabila idea ini datang, saya fikir memang pelik. Tetapi saya tak terkejut jika Balenciaga akan membuat sesuatu seperti ini. Inspirasi boleh datang dari mana sahaja, tidak terkecuali krisis kemanusiaan seperti kemiskinan dan kelaparan.” – Neondazer.
Kalau Balenciaga jual sandal ini, agak-agak akan ada yang beli ke?