Selamat Hari Jadi Signature Market!
Sedar tak sedar, Signature Market meraikan ulang tahun yang ke-8 bersama-sama pelanggan dengan membawakan pengalaman paling bernilai di butik fizikal SEE Cafe, Arcoris Mont Kiara.
- Foto – Signature Market x Laneige
Tempoh 8 tahun, membawa Signature Market kejayaan dalam menghasilkan produk yang meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Serta mewujudkan suatu tempat di Kuala Lumpur yang direka secara khusus untuk berehat atau bekerja dalam suasana harmoni dengan elemen semula jadi, membolehkan pelanggan lari dari kesibukan kota.
IKLAN
- Foto – Signature Market x Laneige
Bukan itu saja, Signature Market turut bekerjasama dengan Laneige bagi menyediakan set hadiah edisi terhad yang diinspirasikan oleh empat perisa Laneige Lip Sleeping Mask – beri, limau gedang, limau epal, dan coklat pudina.
Menerusi kerjasama ini, Signature Market akan melancarkan dua set hadiah iaitu Goodnight Beauty Gift Box dan Your Night Routine Gift Box, yang berharga RM150 dan RM200 bagi setiap set.
- Foto – Signature Market x Laneige
Set-set tersebut mengandungi pelbagai produk penjagaan muka dan snek sihat, yang sesuai untuk dinikmati oleh pengguna sebagai ganjaran untuk diri mereka sendiri atau dijadikan sebagai hadiah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila ikuti Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube, atau laman web www.signaturemarket.co.