Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Lebih Sedekad Berhijrah, Kisah Mizz Nina Masih Beri Inspirasi Pada Muslimah Moden

by Soph.Azz
September 5, 2022
Foto - Kartra

Foto - Kartra

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Lebih 10 tahun berlalu dan kisah penghijrahan selebriti Mizz Nina masih lagi menjadi inspirasi pada ramai wanita terutamanya muslimah moden.

Walaupun Mizz Nina mengambil keputusan yang drastik untuk berubah tetapi perubahannya ini dianggap sebagai teladan yang baik. Ini kerana sepanjang pehijrahannya, kita tak pernah dengar kontroversi yang melibatkannya.

Throwback Kisah Sekitar 2019

Pernah mengikuti trend #10yearschallenge di Instagram suatu ketika dulu, nama Mizz Nina tular selepas memuat naik gambarnya yang menutup aurat. Dan apa yang membuatkan ramai yang berkongsi tentang pautan itu adalah coretan kisah penghijrahannya.

Foto – @officialmizznina (IG)

“Saya tidak mempunyai gambar yang boleh saya kongsi dari 10 tahun yang lalu, kerana saya tidak memakai tudung ketika itu. Semasa saya mengadakan sesi kelas dalam talian malam tadi, kami mengadakan perbincangan tentang cabaran #10tahun dan betapa mendalamnya, jika kita merenung keadaan dalaman kita, iman kita dan bagaimana kita telah berkembang sebagai individu.”

Ketika berusia 29 tahun (2009), Mizz Nina mendedahkan dirinya tidak tahu membaca Alif Ba Ta; tetapi dia hanya mengetahui surah Al-Fatihah dan 3 Qul kerana hafalan sejak kecil. Dan pada usianya 33 tahun, barulah dia mahir membaca.

100% Berhijrah Pada 2013 

Akui Mizz Nina, dia pernah menolak ajakan bekas suaminya, Noh Salleh untuk ke Tanah Suci kerana dia merasakan dirinya masih lagi banyak kekurangan. Dan pada tahun 2013, Mizz Nina sendiri mengajak Noh untuk kerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Sejurus sampai dan melakukan ibadah, Mizz Nina mendedahkan dia berasa mahu mengerjakan haji.

Foto – Astro Awani

Sejak daripada itu, selebriti ini mula belajar mendalami agama Islam sedikit demi sedikit di sana; belajar mengaji, hadiri ceramah dan hadiri kelas-kelas agama yang lain.

“Takdir menentukan segalanya apabila saya dipilih untuk menerima hidayah Allah S.W.T., dan saya memilih untuk mula serta teruskan mengenakan hijab dengan sempurna ketika itu.”

Lebih Memilih Dengan Tawaran Industri Hiburan 

Untuk pengetahuan kamu, Mizz Nina sangat teliti dalam menerima tawaran kerja. Katanya ketelitian dan sifat memilih ini adalah kerana batasan yang dia perlu jaga sebagai seorang muslimah.

“Mula-mula saya diberikan rezeki untuk muncul dalam rancangan kanak-kanak “Chichi & Chaca”. Kemudian apabila hati saya terbuka untuk terus dekat denganNya, saya lupakan segalanya hanya kerana Allah SWT.”

Foto – YOY Network

Dan kini Mizz Nina tidak lagi melibatkan diri dalam bidang nyanyian mahupun pengacaraan. Malah dia makin bergiat aktif dalam aktiviti kemanusian dan program dakwah.

Walaupun Mizz Nina sudah lama berhijrah, tetapi kisahnya masih menjadi inspirasi bagi mereka yang mahu berubah ke arah kebaikan. Semoga perkongsian ini beri manfaat untuk semua. InshaAllah.

Tags: kisah hijrah mizz ninamizz ninanoh salleh
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Lebih Sedekad Berhijrah, Kisah Mizz Nina Masih Beri Inspirasi Pada Muslimah Moden

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.