Perasan tak kita selalu sangat mendengar tentang kecantikan wanita Korea, Rusia dan Thailand. Tetapi jarang pula kita dengar tentang kecantikan wanita Turki.
Secara peribadi, DIVA suka melihat wanita Turki kerana kecantikan mereka tidak boleh dipersoalkan. Sekali pandang memang boleh buat kita jatuh cinta!
Memiliki kulit wajah yang halus, hidung mancung, rambut ikal mayang serta mata yang galak; rupanya wanita Turki ini ada rahsia kecantikan mereka sendiri. Untuk dapatkan kulit wajah dan tubuh badan yang cantik, kebanyakan wanita Turki ini sering amalkan penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti:
Yogurt
Di Turki, yogurt bukan sahaja digunakan sebagai campuran dalam makanan tetapi secara topikal juga.
- Foto – The Herbal Spoon
Ada yang sapu terus ke kulit untuk dijadikan masker. Dan ada juga yang campurkan dengan jus lemon untuk haluskan kulit secara semula jadi.
Air lavender
Sama seperti air mawar, air lavender ini sangat popular dan digunakan secara meluas untuk wanita Turki merawat kulit sensitif mereka. Kebiasaannya mereka akan sapu air lavender ini pada muka dan leher.
- Foto – Melvita / Young Living
Selain boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melecur, air lavender ini juga boleh disembur di tempat tidur untuk membuatkan kamu berasa lebih tenang dan tidur dengan lena.
IKLAN
Turkish Hammam
Ritual dalam kalangan masyarakat Turki terutamanya wanita; Turkish Hamman atau mandian Turki ini adalah mandian yang membersihkan badan secara menyeluruh.
- Foto – Travel Atelier
Mandian ini akan dilakukan di marmar tradisional yang menggunakan wap bagi melembutkan kulit. Kemudian badan akan digosok menggunakan tuala atau sarung tangan mandian untuk buang kulit mati di badan. Selepas badan digosok, diurut dan dibilas, kamu akan dipakaian losyen bagi mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit badan.
Sabun semula jadi
Percaya tak kalau DIVA katakan dari dulu sehingga sekarang, masih ada wanita Turki yang hasilkan dan menggunakan sabun yang dibuat secara semula jadi?
- Foto – Swirlster
Kebanyakan wanita Turki akan hasilkan sabun semula jadi; diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun dan minyak kelapa. Kemudian dicampurkan sama ada dengan lavender, sage, argan, susu kambing atau ros ikut ‘selera’ masing-masing.
Prickly pear seed oil
Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang minyak ini, tetapi di Turki hampir setiap wanita menggunakannya kerana sifat anti penuaannya; menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda.
- Foto – Suki Suki Naturals / Pinterest
Kamu juga boleh gantikan prickly pear seed oil dengan minyak argan yang terkenal dengan kandungan Vitamin E dan fatty acid; melembapkan dan melembutkan kulit.
Mahu tak kamu cuba rahsia-rahsia kecantikan wanita Turki di atas?