Dalam melancarkan kempen terbaru, #SulwhasooRebloom, jenama skincare mewah Korea ini telah melantik BLACKPINK Rosé sebagai duta globalnya.
Mendedahkan ibunya yang memperkenalkan jenama Sulwhasoo padanya, Rosé memberitahu dia telah menggunakan serum First Care Activating untuk mendapatkan kulit yang flawless.
“Satu penghormatan untuk saya menjadi duta global Sulwhasoo; yang bukan hanya ibu saya tetapi juga saya sendiri telah menggunakannya sejak sekian lama,” – BLACKPINK Rosé.
First Care Activating Serum
Diinspirasikan oleh porcelain putih dari Dinasti Joseon, Sulwhasoo mengeluarkan serum First Care Activating edisi terhad.
Serum yang dirumus dengan JAUM Activator™, formula nisbah emas anti penuaan khas Sulwhasoo ini dapat membantu menjadikan kulit kamu kelihatan lebih sihat dan glowing secara semula jadi sambil melawan tanda-tanda penuaan.
** First Care Activating Serum edisi terhad ini dijual pada harga RM465 (90ml).
Menerusi debutnya dengan Sulwhasoo, tonton kempen #SulwhasooRebloom pertama Rosé yang dikeluarkan dalam dua bab; mentafsir semula kelahiran dan semangat jenama skincare itu.