Geram betul kalau nampak jerawat yang tengah masak ranum di wajah. Hendak dipicit tapi memang akan luka dan terus sahaja tinggal parut. Menyesal!
Dahulu nak tunggu jerawat kecut sendiri memang lama. Sampai berminggu-minggu pun ada. Tapi sekarang, sejak drying lotion diperkenal memang tak sampai 3 hari nampak kesan jerawat mengecil.
Ia mudah digunakan dan apa yang DIVA suka ialah anda hanya pakai pada waktu malam. Jadi tak perlu susah seperti pakai gel jerawat atau krim jerawat yang lain.
Buat anda yang memang tengah berperang dengan jerawat. DIVA sediakan satu bingkisan ringkas tentang drying lotion.
Apa itu drying lotion?
Ia produk penjagaan wajah yang jadi sensasi awal tahun 2017 dan dipopularkan dari jenama Mario Badescu. Sejak daripada itu muncul juga drying lotion jenama lain seperti Cosrx, Pink By Pure Beauty dan banyak lagi.
Ia satu pati cecair yang pekat dengan pelbagai bahan untuk membasmi bakteria, memulihkan kulit dan merawat keradangan kulit.
- Foto – Insider
Biasanya drying lotion akan mengandungi bahan seperti salicylic acid, zinc oxide dan glycerin yang berkuasa mengeringkan permukaan jerawat dan akhirnya menghilangkannya.
Jangan khuatir, drying lotion sesuai untuk semua jenis kulit.
IKLAN
Cara pakai drying lotion
Ramai yang masih keliru cara menggunakan drying lotion. Mari DIVA ajar cara yang simple dan paling penting mujarab!
Anda kena tahu, drying lotion digunakan sebagai rawatan penjagaan wajah pada waktu malam. Jadi sapu drying lotion ketika pada waktu malam, khususnya sebelum tidur.
Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan penyegar, serum, pelembap dan sebagainya. Tunggu dahulu semua produk krim atau gel meresap kedalam kulit.
- Foto – Hola Blog!
Guna putik kapas yang bersih dan celupkan kedalam bekas drying lotion. Sapu cecair pada kulit berjerawat. Jangan gosok!
Nasihat DIVA, jangan celup guna putik kapas yang sama. Khuatir telah dijangkiti bakteria.
Petua paling penting ialah anda jangan gatal tangan untuk mengoncang botol drying lotion. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan pati pekat dasar bawah botol.
Serius! Bila guna drying lotion anda akan rasai perbezaan. Jerawat lebih mudah kecut dan parut samar-samar sahaja.