Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Ini Peralatan Dapur Wajib Ada Untuk Gadis Bujang, Biar Kerja Memasak Lebih Mudah!

by Indah Aziz
September 3, 2022
Foto - TOAST

Foto - TOAST

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebenarnya memasak bukanlah suatu perkara yang sukar tapi bagi DIVA agak melecehkan. Kena sediakan bahan, perkakas, peruntukan masa yang cukup untuk memasak dan ditambah pula masa untuk mengemas. Jadi jadual untuk memasak itu sahaja boleh jadi panjang buat begginer.

Lagikan pula untuk orang bujang, memang tak sempat nak habiskan masa lama-lama didapur. Nak memasak pun sebab dah bosan makan diluar dan lebih jimat belanja bukan?

Nah, bagi yang nak berjinak dalam dunia memasak tapi mahu guna ‘jalan belakang’. DIVA ada penyelesaian!

#1 Airfryer

Rugi betul kalau sampai sekarang tak ada airfryer lagi! Kalau menu hidangan bergoreng, anda tak perlu lagi menunggu lama depan kuali. Tambah pula boleh jimat minyak masak dan makanan pun jadi lebih berkhasiat.

Foto – Shopee Malaysia

Pilihan DIVA: Bossman Kaden Air Fryer EAFURAIYa Series BK480G [RM135]

#2 Pressure cooker

Teringin nak masak sup, kek, menumis sayur goreng tapi tak mahu guna banyak perkakas? Ambil satu pressure cooker sebagai sandaran anda. Memang senang kerja tau, cuma campak sahaja bahan-bahan tekan pilihan menu dan tunggu hingga masak. Mudah!

Foto – Nakada Group (M) Sdn Bhd

Pilihan DIVA: Primada Special Edition Intelligent Pressure Cooker MPC2550 Light Pink [RM229]

IKLAN

#3 Handblender & Food Processor

Set lengkap pengisar, pemotong, pemukul dan pengaduk makanan ini mempercepatkan proses memasak. Tak payang susah payah guna lesung batu!

Foto – Shopee Malaysia

Pilihan DIVA: Giselle Full Set Hand Blender & Food Processor KEA0188 [RM129.99]

#4 Steamboat Electric

Kalau nak makan masakan panas-panas dan terus atas grill. DIVA cadang anda beli set steamboat elektrik ini. Cukup sesuai untuk masakan cepat seperti sup, tomyam dan menu nasi goreng yang simple. Boleh masak dan makan terus dari pan. Bestnya!

Foto – Lazada

Pilihan DIVA: Pan Steamboat Hotpot Pangrill [RM45.79]

Memang sekarang dah banyak peralatan yang memudahkan cara memasak. Jadi tiada alasan lagi malas nak ke dapur.

Barang yang mana anda nak dapatkan? Kongsi dengan DIVA!

Tags: barang dapur viraldapur mudahidea dapur bujang
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ini Peralatan Dapur Wajib Ada Untuk Gadis Bujang, Biar Kerja Memasak Lebih Mudah!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.