Dari dulu sehingga sekarang, nama isteri Putera Harry; Meghan Markle sentiasa menjadi topik perbualan ramai. Sama ada tentang gaya hidup, fesyen hingga kontroversinya.
Sekiranya kamu rasakan sudah tahu segala-galanya tentang Meghan, cuba fikirkan semula. Di bawah, DIVA kongsikan beberapa fakta tentang Meghan yang mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah tahu tentangnya.
Pernah ada blog peribadi
- Foto – Marie Claire
Sebelum berkahwin dengan suaminya, Meghan pernah mempunyai blog gaya hidup yang dinamakan sebagai “The Tig”, bersempena dengan nama wain Tignanello. Tetapi blog tersebut ditutup sejurus dia bertunang.
Sertai latihan di Argentina
Pernah membayangkan dirinya bekerja dalam bidang politik, Meghan telah memohon untuk melakukan pengalaman kerja dengan kerajaan.
- Foto – Pinterest
Dia telah bekerja di kedutaan Amerika Syarikat di Buenos Aires, Argentina selama beberapa bulan. Semasa sertai latihan kedutaan Amerika Syarikat di Argentina, Meghan telah mengambil kelas bahasa Sepanyol dan dia juga sangat fasih berbahasa Perancis.
Ambil dua jurusan di universiti
Semasa di Universiti Northwester, Meghan mendapati dirinya tersepit di antara dunia politik dan seni. Jadi dia memutuskan untuk mempelajari kedua-duanya; teater dan hubungan antarabangsa semasa di universiti.
Tak boleh hidup tanpa tea tree oil
Tak boleh tinggalkan tea tree oil, Meghan mendedahkan dia akan membawa minyak tersebut ke mana-mana sahaja. Sama ada digigit semut, luka, jerawat atau apa-apa sekalipun, dia akan gunakan minyak tersebut.
Mula berlatih yoga pada usia 7 tahun
- Foto – Observer
Tikar yoga tak pernah ‘lekang’ dari tangannya, Meghan pernah berkongsi dia telah berlatih yoga sejak usia 7 tahun lagi. Berkat memiliki ibu sebagai seorang pengajar yoga, Meghan mengatakan ia adalah senaman terbaik untuk kesihatan yang berpanjangan.
Pernah tak kamu dengar tentang fakta ini?