Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Makin Hilang Populariti, Betul Ke Dolce & Gabbana Bermasalah?

by Indah Aziz
September 3, 2022
Foto - Tportal

Foto - Tportal

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila kali terakhir anda dengar nama Dolce & Gabbana?

Dah lama bukan tidak dengar khabar duo fesyen yang cukup megah sekitar 2010 ini. Rekaan mewah, sarat dengan seni Eropah-Itali dan cetakan flora berani adalah sesuatu yang ikonik dari D&G.

Baru ini sahaja D&G kembali menawan peminat fesyen klasik mereka di pentas peragaan Dolce & Gabbana’s Alta Moda 2022. DIVA cukup teruja kerana majlis ini bukan sahaja menghimpunkan busan terbaru D&G, tetapi membawa kembali penyatuan nostalgik selebriti lagenda seperti Mariah Carey dan Helen Mirren.

Foto – The National

Namun setelah itu, D&G kembali menyepi…

Jarang sekali muncul para supermodel menyarung D&G atau ditayang-tayang di media sosial. Sepi!

DVA cuba buat telahan. Adakah rententan kisah hitam pelakar Domenico Dolce dan Stefano Gabbana, buat ramai yang menjadi berhati-hati untuk memilih Dolce & Gabbana.

Tapi apa yang mereka telah buat? DIVA kongsikan beberapa sejarah panas jenama ini…

Mac 2016

Koleksi fesyen musim bunga 2016 yang disudahi dengan pelbagai kecaman. Ini hanya kerana D&G selesa menggunakan nama ‘Slave Sandals’ pada sandal rekaannya. Seperti sudah tidak kreatif untuk menamakan koleksi atau hanya sekadar untuk skandal pemasaran?

IKLAN

Foto – NY Daily News

Jun 2017 

Berani yang membawa padah. Stefano secara terangan mempromosi sokongan terhadap Melanie Trump. Setakat untuk menata gaya bekas First Lady untuk tidak mengapalah. Ini sampai memberi ‘pangkat’ kepada Melanie sebagai #DGWOMAN.

Foto – Vogue Italia

Mac 2018

Stefano menyelar Selena Gomez dengan panggilan ‘hodoh’. Dia meninggalkan komen tersebut di post Instagram The Catwalk Italia. Menyebabkan peminat Selena naik gila kemudian menghentam Stefano pembuli siber.

Foto – BuzzFeed

Julai 2018

Tak lama selepas Selena Gomez, keluarga popular Kardashian-Jenner pula dijadikan mangsa. Stefano tanpa berfikir panjang memuatnaik ‘ulasan’ tentang keluarga tersebut sebagai “The most cheap people in the world”. Tidak mengejutkan pun, apabila ramai mula menganggak Stefano Gabbana tiada adab ketika melayari media sosial.

Foto – Hyperbae / The Rotten Tomatoes

Hasilnya membuatkan ramai yang mula hilang hormat pada jenama ikonik ini tapi DIVA rasa itu hanya sementara. Ini kerana biarpun bermasalah tapi masih ada lagi yang memakai jenama ini kerana gaya fesyen yang tidak mati.

Lihat sendiri, Kourtney Kardashian tetap memilih D&G sebagai busana perkahwinan. Biarpun digelar murah oleh Stefano!

Foto – RFT Info

Ada yang jelik dengan Dolce & Gabbana, mahu mereka dipulau, diboikot tapi mereka semakin kekal dalam bisnes fesyen.

Atas alasan fesyennya masih diminati ramai. DIVA ingin tahu pendapat anda pula bagaimana?

Tags: dolce & gabbana malaysiasiapa dolce & gabbana
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Makin Hilang Populariti, Betul Ke Dolce & Gabbana Bermasalah?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.