Nama produk berasaskan ‘cica’ mula mendapat tempat sejak empat tahun lalu. Apabila rangkaian produk kecantikan dari Korea mula mengambil cica sebagai eleman utaman dalam bahan produk mereka.
Jadi sejak dari itu anda dapat lihat, kini banyak pilihan produk serum, krim muka, pelembap mahupun masker muka dilabel dengan kebaikan cica.
Apa manfaat cica pada kulit?
Tumbuhan berdaun hijau ini dikenali sebagai cica atau nama saintifiknya, Centella asiatica. Nama lain bagi cica juga ialah gotu kola dan tiger grass yakni tumbuhan yang digunakan oleh sang harimau untuk menyembuhkan luka!
Ternyata kajian mendapati sangat baik pada kulit terutamanya untuk masalah kulit sensitif dan meredakan kemerahan.
Ia mempunyai kandungan amino acids, beta-carotene, fatty acids dan Vitamin C, A, B1 dan B2. Dimana dapat membaiki kulit dengan kepekatan antioksida dan anti-radang.
Hasilnya, kulit anda cepat pulih dari breakouts, lebih lembut, cerah dan mengurangkan garis-garis penuaan.
Malah ia mampu memberi hidrasi mencukupi pada kulit untuk memastikan mengurangkan kesan merah keradangan kulit yang sensitif.
Produk Cica Terbaik Menurut DIVA
Ternyata cica sangat memberi 1001 manfaat kepada kulit si pemakai. Buat anda yang mencari produk cica untuk tambahan dalam rutin penjagaan wajah.
DIVA ada sediakan dibawah!
IKLAN
#1 Dr.Jart+ Cicapair Cream 50ml [RM200]
Manfaat: Produk cica paling popular dipasaran! Krim pekat Dr.Jart+ berfungsi meredakan sensitiviti kulit terutamanya pada mereka yang mengalami keradangan dan kekeringan kulit. Disamping itu, ia merangsang semula hidrasi kulit supaya dapat skin barrier lebih kuat.
#2 Laneige Cica Sleeping Mask 60ml [RM55]
Manfaat: Kulit memang akan lebih plump, bersih dan kuat selepas satu malam bersama masker tidur Laneige ini! Siapa yang sering mengalami kerensangan kulit, masker penyejuk ini akan mengembalikan semula kelembapan dan menyuburkan sel kulit atas.
#3 Innisfree Retinol Cica Repair Ampoule 30ml [RM307]
Manfaat: Kalau anda nak result yang pantas boleh guna ampoule dari Innisfree. Ia telah dibuktikan secara klinikal dapat merawat jerawat, parut jerawat, kesan kemerahan kulit dan mengurangkan saiz pori-pori. Malah, tona kulit pula akan lebih sekata, disamping membaiki skin barrier yang telah rosak. Review dari pengguna kata, tak sampai seminggu kulit semakin cantik!
#4 Cosrx Pure Fit Cica Cleanser 150ml [RM75]
Manfaat: Pencuci muka terbaik Cosrx ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah mereka yang berkulit sensitif. Formulasi yang kaya CICA-7 Comples dan ekstrak Pinus Pinaster Bark dapat meredakan iritasi kulit dan meningkatkan kekuatan skin barrier. Menariknya ia rendah pH, tidak melekit dan mempunyai buih pencuci yang bebas dari sebarang bahan kimia tambahan.
#5 La Rochey Posay Cicaplast Baume B5 Soothing Multi-Purpose Balm 40ml [RM61.90]
Manfaat: Ramai betul yang memuja-muja balm dari La Roche Posay Cicaplast. Ia sangat sesuai untuk masalah kulit kering dan gatal-gatal terutamanya dibahagian siku, lutut dan muka. Balm ini juga sesuai untuk disapu pada kulit bayi dan kanak-kanak.
#6 Some By Mi AHA BHA PHA Real Cica 92% Gel 300ml [RM48.87]
Manfaat: Gel multifungsi dari Some By Mi ini boleh dijadikan sebagai pelembap bukan sahaja wajah tapi seluruh tubuh. Kandungan 92% cica berupaya mengurang ketidakselesaan iritasi atau rasa pedih kulit. Terutamanya jika anda berjemur dibawah cahaya matahari terlalu lama. Bukan itu sahaja, gel mudah serap ini turut mengurangkan risiko sebarang jerawat baru. Best!
Cuba periksa kulit wajah anda. Kalau masih ada kemerahan yang sukar nak pudar tu. DIVA memang suggest untuk anda tukar kepada produk cica diatas tau.
Selamat mencuba!