DIVA sendiri dah cuba, memang best dan tak rugi beli!
INNERSEJUK; pakaian jenama popular dalam kalangan muslimah Malaysia kini kembali dengan koleksi baru anak tudung. Menariknya koleksi baru ini, setiap anak tudungnya diperbuat menggunakan kain fabrik mereka sendiri iaitu DriChill®.
Bagi wanita muslimah yang aktif bersukan, INNERSEJUK juga mereka khas anak tudungnya supaya kamu boleh gunakan fon telinga dengan mudah dan selesa.
Dan dalam koleksi ini juga, INNERSEJUK memperkenalkan lebih darpada 228 pilihan rekaan dan warna seperti;
- Foto – Innersejuk
- Allure – Awning reka bentuk silang dihasilkan untuk membingkai wajah dan bahagian belakang yang bertali pula untuk pastikan anak tudung terpasang dengan baik.
- Illusion – Jalur di bahagian leher dan penutup dagu yang dipotong lebar memastikan bahagian bawah anak tudung dipasang dengan kemas.
- Foto – Innersejuk
- Elegance – Sesuai untuk kamu yang aktif bersukan, reka bentuk leher berjalur ini direka untuk pastikan kesesuaian yang selesa dan rapi. Boleh pakai secara sendiri atau sebagai anak tudung.
- Magic – Awning lebar, tali elastik di bahagian leher dan ruang longgar di bahagian belakang kepala; sesuai untuk semua jenis ketebalan rambut.
Koleksi anak tudung Inners tersedia dalam 6 warna iaitu hitam, beige, perang, merah jambu, kelabu dan ivory. Selain itu, INNERSEJUK juga mengeluarkan Inner Handsox yang berikan keselesaan sepanjang hari untuk tangan kamu!
- Foto – Innersejuk
Koleksi baru anak tudung (RM59) dan handsock (RM39) ini boleh dibeli di web INNERSEJUK.