Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ramai Sertai Trend Bibir Besar Guna Hyaluron Pen, Tapi Pakar Kata…

by Soph.Azz
September 1, 2022
Foto - Cosmopolitan

Foto - Cosmopolitan

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan setiap trend yang viral di TikTok sentiasa menarik perhatian orang ramai. Dan salah satunya adalah hyaluron pen.

Hyaluron pen adalah alat yang berfungsi untuk menghasilkan bibir yang besar dan montok segera tanpa bantuan profesional.

Walaupun trend hyaluron pen ini berikan hasil yang segera pada mereka yang mahukan bibir besar dan montok di rumah, tetapi pakar sangat menolak serta menentang trend berbahaya ini.

Macam mana hyaluron pen berfungsi?

Tanpa perlu menggunakan picagari, hyaluron pen pada asalnya diguna pada pesakit diabetes untuk merawat diri dengan insulin tanpa rasa sakit. Alat ini sememangnya sangat mudah digunakan.

Foto – Sarah Scoop

Manakala hyaluronic acid pula adalah komponen yang digunakan oleh golongan profesional semasa derma filler. Ini kerana bahan ini membantu kekalkan kelembapan di tempat suntikan dan berikan rupa bengkak yang sementara.

Pakar kata hyaluron pen…

Dipetik daripada USA Today, hyaluron pen adalah alat yang berfungsi sebagai alternatif untuk menghasilkan bibir yang besar. Caranya sangat mudah, tidak perlu gunakan jarum dan tidak menyakitkan.

Foto – Nab Nail Bar

Hyaluron pen melibatkan tekanan udara untuk membuat lubang kecil di bibir untuk menolak hyaluronic acid ke dalam kulit.

IKLAN

Melihatkan trend viral ini, pakar memberi amaran alat ini boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan seperti keradangan, jangkitan bakteria atau kulat serta kematian tisu dan sel.

@emma_spann

Reply to @notdeborah These products r linked in my bio!! #ScreamItOut #TurboTaxAndRelax #fyp #foryou #trending #ImoniCarly

♬ Say So (Instrumental Version) [Originally Performed by Doja Cat] – Elliot Van Coup

Apa yang lebih membimbangkan, pengguna tidak boleh mengawal isipadu pengisi dalam pen, kawal tekanan dan juga kedalaman suntikan melalui kulit. Dan sekiranya ia memasuki saluran darah, kandungan hyaluronic acid tersebut boleh menyekat dan menyebabkan saluran darah tersumbat.

Kalau teringin juga nak cuba, dapatkan dahulu nasihat daripada pakar okay?

Tags: bahaya hyaluron pentrend bibir besartrend hyaluron pen
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ramai Sertai Trend Bibir Besar Guna Hyaluron Pen, Tapi Pakar Kata…

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.