Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Spot Ramen Halal Sekitar KL & Selangor, Ini Yang Patut Kamu Cuba!

by Soph.Azz
September 1, 2022
Foto - Travel Earth

Foto - Travel Earth

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Oishī… Itadakimasu!

Tak dinafikan bila tanya pada penggemar makanan Jepun, selain sushi dan sashimi; ramai yang akan pilih hidangan ramen sebagai antara hidangan Jepun yang terbaik!

Kalau di Jepun, hidangan ramen ini sukar didapati secara halal kerana supnya direneh dengan daging khinzir. Tetapi di Malaysia, kebanyakan restoran Jepun menggunakan bahan-bahan halal dalam menyediakan hidangan ini.

Dan sekiranya kamu mencari semangkuk ramen yang halal sekarang ini, DIVA syorkan untuk kamu kunjungi beberapa restoran Jepun halal di Kuala Lumpur dan Selangor berikut;

Umami Boru 

Foto – Klook

Di bawah Beard Brothers’ BBQ, Umami Bori menghidangkan menu istimewanya iaitu Beef Ramen yang menggunakan sup yang dimasak selama 12 jam atau BB New York Pastrami; daging yang diperap khas dengan sos buatan sendiri.

  • Alamat: Tropicana Golf & Country Resort, P-G-01, Tropicana Avenue, Persiaran, 47410 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Selasa-Ahad (6petang-12pagi)

Ramen Village 

Foto – Ramen Village (FB)

Di sini, kamu perlu nikmati potongan ayam dan mi yang lembut yang direndam dalam sup miso. Ditambah pula dengan ayam goreng Gyoza sebagai pembuka selera, marvellous! Kalau nak kelainan, cuba makan mi ramen yang mempunyai sentuhan Thailand dan Korea.

IKLAN

  • Alamat: Lot LG 29B, Lower Ground, IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
  • Waktu Operasi: Setiap hari (10pagi-10malam)

Maruki Ramen 

Foto – Rileklah

Percayalah kamu pasti akan datang ke restoran ini berulang kali selepas menikmati mi yang dibuat menggunakan tangan. Digabungkan pula dengan sup ayam panas yang kaya dengan rasa, memang sedap!

  • Alamat: The LINC KL, Lot 2-23, Level 2, 360, Jln Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap hari (10pagi-9malam)

Ramen Kagura 

Foto – Tripadvisor

Pergi ke Lot10, kamu wajib singgah ke restoran Ramen Kagura! Nikmati hidangan ramen yang menggunakan bahan Halal dari Jepun. Hidangan ramen kamu boleh disediakan dalam dua jenis sup sama ada premium (ada banyak kolagen) atau asli (sup lebih jernih).

  • Alamat: Level 2, Signatures Food Court-Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, 201A-C, Jln Ampang, 50088 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi:

Seirock-Ya Ramen

Terletak di Uptown Damansara, speciality restoran Jepun ini adalah ramen toripaitan; kuah ramen yang berkrim, pekat dan cukup perisa yang diperbuat daripada tulang ayam yang direbus selama berjam-jam.

Foto – Seirock-ya

Bila datang ke sini, kamu perlu cuba menu Toripaitan Extreme Egg; hirisan ayam lembut, mi tebal, telur rebus, sayur-sayuran dan minyak perasa makanan laut.

  • Alamat: 6-G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Isnin-Khamis (11:30pagi-9:30malam)  |  Jumaat-Ahad/Cuti Umum (1:30petang-10malam)

Selamat mencuba!

Tags: ramen halal klramen halal selangorrestoran jepun halal
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Spot Ramen Halal Sekitar KL & Selangor, Ini Yang Patut Kamu Cuba!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.