Coca-Cola Creation edisi khas bersama Marshmello? Untuk pengetahuan kamu, Coca-Cola Creation memperkenalkan satu adunan semula bagi perisa edisi terhad yang baru, dengan kolaborasinya bersama Marshmello.
Ini merupakan kali pertama Coca-Cola menghasilkan minuman dengan kerjasama seorang artis. Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello memberikan rasa kenikmatan seumpama irama muzik Marshmello.
Menurut Marshmello,
“Ini adalah satu kolaborasi hebat bersama Coca-Cola untuk menghasilkan satu minuman edisi terhad bersama-sama. Kita telah menghasilkan campuran perisa kegemaran saya di dalam minuman terbaru ini. Rasanya sedap dan berharap peminat akan turut menyukainya.”
Jadi apa rasa Coca Cola Creation Marshmello ini?
- Foto – Cola-Cola
Mungkin ada yang beranggapan Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello ini merupakan minuman berperisa marshmallow, tetapi ia sebenarnya campuran rasa yang melambangkan diri Marshmello sendiri, ia memiliki keajaiban tersendiri yang tidak disangka-sangka.
IKLAN
Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello adalah minuman yang menyegarkan hasil campuran perisa kegemaran artis ini iaitu strawberi dan tembikai, yang dicampurkan dengan rasa hebat Coca-Cola.
Bukan itu saja, tin koleksi berbentuk langsing dengan imej hitam putih mengetengahkan ciri-ciri estetik artis, termasuk skrip tulisan Spencerian yang menggabungkan kedua-dua jenama ini bagi menghasilkan satu perasaan ‘vibe’ yang mengasyikkan dan memuaskan.
Jadi, rasai keunikan Coca-Cola Edisi Terhad Marshmello untuk varian Zero Sugar di Singapura, Malaysia, Thailand dan Filipina pada Ogos 2022 ini.
Untuk info lanjut, layari www.coca-cola.com/my/ms/creations atau ikuti Coca- Cola di Facebook, Instagram, dan Twitter bagi mendapatkan maklumat terkini.