Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022 Carlo Rino direka untuk setiap wanita yang bergaya. Sama ada kamu fesyenista, wanita bekerjaya atau seorang ibu, aksesori ini mampu melengkapkan penampilan terbaik kamu.
Untuk musim ini, Carlo Rino meneroka fesyen dengan mempamerkan karya menarik yang berani dan cantik, sesuai untuk menonjolkan ciri-ciri kewanitaan. Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022 menampilkan tiga siri fashion-forward, seperti The Game Room, Flower Bucket dan Wave yang direka penuh estetik untuk setiap wanita.
Berikut antara beg tangan yang direka dalam siri ini;
IKLAN
The Game Room Series
- Foto – Carlo Rino
The Game Room meninjau semula nostalgia permainan arked 80-an dalam gabungan sempurna fesyen dahulu dan kemodenan masa kini. Menampilkan backpack, crossbody, dompet, kasut dan keychain, siri ini membuat statement dengan gabungan bentuk geometri, mengambil Tetromino Block Game sebagai inspirasi.
The Flower Bucket Series
- Foto – Carlo Rino
Diinspirasikan oleh musim bunga, siri ini menyuntik personaliti kewanitaan dalam sentuhan yang bergaya. Menampilkan beg bucket yang direka bentuk menyerupai bunga yang sedang mekar, tersedia dalam kulit pastel lembut, baldu dan Monogram Carlo Rino klasik.
The Wave Series
- Foto – Carlo Rino
Siri ini meneroka elemen hiasan seni dalaman yang mempesona. Dalam fesyen Carlo Rino klasik, siri ini disusun untuk memberikan penampilan yang bergaya tetapi dengan elemen klasik untuk memastikan karya Carlo Rino kekal ikonik.
Koleksi Carlo Rino Musim Luruh/Sejuk 2022 boleh didapati di carlorino.net dan di butik Carlo Rino.