Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Kata Ahli Dermatologi Produk Ini Paling Efektif Bila Letak Dalam Peti Ais

by Soph.Azz
August 30, 2022
Foto - Getty Images

Foto - Getty Images

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Produk penjagaan wajah berasaskan krim atau gel sangat disyorkan untuk simpan dalam peti ais. – Ahli dermatologi.

Sediakan sedikit ruang dalam peti ais kerana sudah tiba masanya untuk kamu mula simpan dan sejukkan produk skincare kegemaran kamu. Kalau kamu nak tahu; fungsi simpannya dalam peti ais adalah untuk kurangkan bengkak wajah dan paling penting beri kesegaran pada kulit di penghujung hari.

Tapi sebelum simpan semua produk skinicare kamu dalam peti ais, ahli dermatologis dedahkan hanya beberapa produk sahaja yang sesuai dan efektif bila disimpan. Nak tahu produk yang mana satu, baca di bawah;

Krim Mata 

Simpan krim mata dalam peti ais adalah keputusan yang tepat. Selain daripada mengurangkan garisan hitam dan sebagainya, kamu dapat menyejukkan mata dan kurangkan bengkak selepas bangun tidur.

Foto – Pinterest

Nak lebih best, simpan krim mata yang mempunyai aplikator penggelek logam kerana kamu akan dapat lebih banyak manfaat!

Mask Muka 

Mana-mana produk mask muka yang menenangkan, menyejukkan atau anti radang, kamu mesti simpan dalam peti ais. Produk ini didakwa mempunyai kandungan air yang lebih tinggi daripada krim dan secara semula jadinya ia lebih menyejukkan dan menyegarkan.

Foto – Pinterest

Mask muka berasaskan gel turut boleh disimpan dan sesuai untuk dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit yang merengsa, sunburn atau alami beberapa tindak balas.

Penggelek Muka 

Foto – Pinterest

Penggelek muka yang disimpan dalam peti ais akan berfungsi lebih  baik daripada krim mata yang disimpan di suhu bilik. Apabila alat ini disimpan dalam peti ais, kesejukannya dapat membantu memenangkan kulit dan membantu kulit menyerap nutrien daripada produk yang digunakan, jauh ke dalam kulit.

Serum Vitamin C 

Terkenal dalam memberikan perlindungan antioksidan serta manfaat pencerahan dan peningkatan kolagen pada kulit, DIVA syorkan untuk kamu simpan serum Vitamin C yang berasaskan air dan bukannya minyak kerana ia boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama. 

Foto – Pinterest

Atau pun mana-mana produk Vitamin C yang mempunyai packaging yang agak gelap. Ini kerana apabila simpan produk Vitamin C yang berbotol lutsinar atau cerah, cahaya peti ais boleh menyahaktifkan bahan tersebut.

Jika peti ais kamu tidak muat DIVA syorkan untuk kamu dapatkan peti ais mini, khas untuk produk skincare sahaja!

FILED UNDER peti sejuk miniproduk kecantikan peti sejuk
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.