Biar betul, hanya 3 langkah untuk mendapatkan kulit yang bersih dan bersinar-sinar.?
Kamu pernah tak dengar produk kelahiran Korea bernama ‘107 Beauty’? 107 ialah jenama penjagaan kulit Korea yang direka degan teliti menggunakan teknologi sains yang canggih untuk memodenkan rahsia kecantikan lama, tertumpu pada bahan teras eksklusif dan mujarab – cuka yang ditapai.
Cuka buatan tangan eksklusif yang digunakan oleh 107 ditapai dan berumur selama 7 tahun, dan disucikan melalui proses proprietari untuk memaksimumkan keberkesanan dalam formulasi penjagaan kulit.
Untuk itu, 107 menekankan 3 rutin bagi mendapatkan kulit yang bersih, gebu dan bersinar-sinar.
- Foto – Be Mused Korea
Chaga Jelly Low pH Cleanser (120 ml)
Pembersih lembut, pH rendah yang memberikan kamu kulit yang jelas, cantik dan berseri. Ini adalah pembersih harian jenis jelly-to-foam dengan bau sitrus semula jadi yang menyegarkan.
Mengandungi Ekstrak Cendawan Chaga dan 10 ekstrak botani yang berbeza, ini adalah pembersih mesra vegan, menghidratkan dan tidak merengsa dengan pH 5.0 yang membersihkan dan memperbaiki tona kulit dengan lembut.
IKLAN
107 Micro Drizzle Hydro Toner (180 ml)
Toner untuk mengimbangi dan menambahkun keserian pada kulit. Micro Drizzle Toner menggabungkan kuasa anti-penuaan Amino Acids penting daripada Cuka Ditapai 7 Tahun yang diselitkan dengan Hyaluronic Acids. Hasilnya ialah kulit yang dipelihara dan seimbang untuk langkah penjagaan kulit anda yang seterusnya.
107 Everyday Plump Hydro Cream (50 ml)
Pelembap cream-to-gel dengan kemasan penghidratan seperti sutera. Ia sangat melembapkan tanpa rasa berminyak atau berat. Krim berkhasiat ini dirumus untuk membantu melindungi kulit daripada tekanan luaran dan memulihkan tahap penghidratan untuk kulit yang lebih gebu, sihat dan berseri.
- Foto – FB 107 Beauty
Semua produk diselitkan dengan Cuka Ditapai 7 Tahun – Difermentasi secara semula jadi, kemudian disucikan melalui proses proprietari untuk memaksimumkan keberkesanan dalam formulasi penjagaan kulit.
Cuka ini mengandungi kompleks vitamin dan postbiotik yang kuat (termasuk 17 Amino Acids, Acetic Acid, Lactic Acid, dan Malic Acid) yang membantu mengelupas kulit dan memberikan perlindungan antibakteria, antikulat, antioksidan dan anti-radang.
Info lanjut, boleh rujuk laman web rasmi www.107beauty.com.