Apa yang DIVA perasan, rata-rata K-Pop idol mempunyai bakat dan minat yang luar biasa. Selain daripada muzik, tarian dan lakonan, mereka juga memiliki ‘mata’ yang baik dalam bidang perniagaan dan penciptaan.
Pentas bukan satu-satunya tempat untuk memaparkan kreativiti. Dan kebanyakannya telah berkembang ke bidang fesyen dan perniagaan.
Walaupun datang dari kumpulan, syarikat atau pun negara yang berbeza, tetapi setiap idol ini mempunyai minat yang sama iaitu fesyen dan perniagaan.
Dalam entri kali ini, DIVA kumpulkan beberapa K-Pop idol yang mencipta dan mempunyai jenama fesyen sendiri, bermula daripada…
Baekhyun – Privé by BBH
- Foto – @privenewyork (IG)
Dimiliki oleh Baekhyun (EXO) sebagai pengarah kreatif Privé Alliance sejak 2018, Privé by BBH adalah barisan casual cotton yang direka untuk semua orang. Setiap produknya dilaporkan bernilai di bawah harga RM500.
G-Dragon – Peaceminusone
Sinonim dengan jenama fesyennya sendiri iaitu Peaceminusone; G-Dragon menawarkan beberapa koleksi fesyen seperti jaket, aksesori, kasut, fon kepala dan kasut.
- Foto – Goody25
Jenama Peaceminusone pernah bekerjasama dengan Vogue, Giuseppe Zanotti, Redbull, Disney Mickey Mouse dan Nike.
IKLAN
Jessica Jung – Blanc & Eclare
Blanc & Eclare yang bermaksud putih dan jelas, menawarkan siluet rekaan yang segar dengan tanda harga yang mewah.
- Foto – Wonderful Generation
Bekas ahli kumpulan Girls’ Generation, Jessica Jung telah mengasaskan jenama fesyennya; Blanc & Eclare pada 2014. Menerusi jenama fesyennya, Jessica menampilkan beberapa barisan pakaian, kosmetik hingga aksesori yang boleh didapati di butik terpilih.
Lee Donghae – Tempus Studio
- Foto – Pinterest
Ahli kumpulan Super Junior ini telah melancarkan Tempus Studio bersama abangnya, Lee Donghwa pada 2018. Jenama fesyen uniseks ini menampilkan printed tees, jumper dan pakaian santai dalam 2 warna; semula jadi dan terang.
Jackson Wang – Team Wang Design
Yang terakhir adalah Jackson Wang. Dikenali sebagai salah satu ahli kumpulan Got7, Jackson mencipta jenamanya sendiri iaitu Team Wang Design pada 2022.
- Foto – Hashtag Legend
Kebanyakan koleksinya adalah monokrom, minimalis dan uniseks yang dibahagikan kepada “cookies” (kepingan teras) dan “glitters” (barangan baharu).
Jangan lupa untuk beli daripada mereka okay?