Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Hampir 60 Tahun, Demi Moore Kongsi Cara Jaga Rambut Supaya Sihat & Bersinar

by Soph.Azz
August 30, 2022
Foto - Prevention

Foto - Prevention

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nak dapat rambut yang sihat, cantik dan bersinar ni kena ada usaha dan displin!

Digelar sebagai ‘Hair Of Hollywood‘, aktres Demi Moore sering menukar gaya rambutnya. Ada yang pendek, panjang, botak, rambut palsu dan sebagainya.

Tetapi semakin usia meningkat dan hampir mencecah 60 tahun, Demi lebih memilih untuk menjaga dan mengekalkan rambut panjangnya. Tidak pernah terfikir untuk memotongnya, aktres ini mempunyai cara yang unik untuk menjaga rambutnya.

Bila rambut mula nampak uban…

Perasan tak bila kita capai usia tertentu, sel pigmen dalam folikel rambut (melanin) akan secara beransur-ansur melambatkan tahap pengeluarannya.

Foto – Indozone

Bila sehelai rambut tidak membawa melanin yang mencukupi, mulalah rambut nampak seperti warna kelabu, silver atau putih.

Kongsi Demi bila rambutnya mula nampak seperti beruban, dia akan mula fokus pada penggunaan conditioner dan toning. Semasa mandi, cuba amalkan penggunaan syampu, conditioner, toning dan pelembap. Keempat-empat produk ini secara tidak langsung dapat kekalkan rambut lebih terhidrat sambil meneutralkan semula warna-warna rambut selain hitam.

IKLAN

Kalau rambut kerap gugur dan menipis?

Setiap wanita ada turun naik hormonnya tapi bagi wanita menopaus, mereka akan alami penurunan hormon estrogen dan progestron yang cepat.

Untuk masalah ini, tiada rawatan yang spesifik untuknya tetapi kamu boleh elak dengan melakukan rawatan yang boleh merangsang pertumbuhan rambut baru. Atau pun, amalkan diet yang seimbang; kaya dengan protein, karbohidrat kompleks, zat besi dan vitamin tambahan.

Perhatikan tekstur rambut dan tahap kelembapan

Bila terlampau terdedah pada cahaya UV, haba, bahan kimia dan sebagainya, sel rambut akan senang jadi kembang dan lemah. Akibatnya susah untuk sel rambut menyimpan kelembapan yang mencukupi hingga terjadinya perubahan tekstur pramatang.

Foto – Audacy

Bagi Demi sendiri, aktres ini cuba elak daripada alami tekstur pramatang pada rambutnya dengan menggunakan conditioner dan humectants untuk ‘ikat’ kelembapan dan menutup hair cuticle. Kemudian, Demi akan tambahkan penggunaan bahan seperti Vitamin E untuk lindungi kulit rambut daripada matahari dan kekalkan kulit kepala yang sihat.

Bak kata Demi, usia meningkat tua bukan alasan untuk tidak ambil berat dan menjaga rambut ye! Selamat beramal.

Tags: demi moorepetua demi mooretips demi moore jaga rambut
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Hampir 60 Tahun, Demi Moore Kongsi Cara Jaga Rambut Supaya Sihat & Bersinar

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.