“OMG, definitely in love dengan botol minyak Marc Jacobs yang baru.”
Perkenalkan ikon baru dalam keluarga Marc Jacobs Daisy Garden. Berkilauan, bersemangat dan bertenaga, itulah dia Daisy Ever So Fresh, wangian terbaru untuk koleksi ikonik Marc Jacobs Daisy.
- Foto – Marc Jacobs Daisy Garden
Bau baru yang tahan lama memancarkan kesegaran yang merangkumi sikap terang, berani, lincah dan spontan yang memberi inspirasi melalui semangat muda dan daya tarikan membara.
Daisy Ever So Fresh mengasyikkan dengan nota citrus daripada esen mandarin, mangga dan Pineapple Smell-The-Taste, air mawar dan pati bunga oren menambahkan lagi kehangatan dengan kayu kashmir. Nota-nota itu digabungkan bersama dengan harmoni untuk memberikan bauan yang mempesona dan berkekalan.
IKLAN
Botol Yang Mencantikkan Lagi Daisy Ever So Fresh
Mengubah semua reka bentuk asal Eau So Fresh, versi yang lebih anggun bagi botol khas ini mempamerkan dalam warna oren yang muda dan bertenaga.
- Foto – Marc Jacobs Daisy Garden
Diilhamkan oleh sinaran sahaya matahari yang berkilauan, Daisy menjadi lebih cerah dan lebih solar, dengan rona oren dan kuning yang menyegarkan, bersama warna putih dan emas yang elegan.
Diserikan lagi dengan penutup daripada enam bunga daisy yang menghiasi botol untuk mengharmonikannya sebagai titik fokus botol.
- Daisy Ever So Fresh (75ml), RM449
- Daisy Ever So Fresh (125ml), RM543
- Foto – Marc Jacobs Daisy Garden
Marc Jacobs Daisy Ever So Fresh boleh didapati di Sephora, SASA, Isetan, Parkson, Aeon, SOGO dan ZALORA.