Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Puteri Rym: Dari Jurnalis Jadi Isteri Kerabat Diraja Jordan & Kini Presiden Festival Filem Amman

by Soph.Azz
August 29, 2022
Foto - Jordan Media Institute

Foto - Jordan Media Institute

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila ternampak atau membaca mengenai keluarga diraja Jordan di media sosial; memang tak dinafikan terlalu banyak personaliti ahli kerabatnya yang agak menarik. Dan untuk kali ini, DIVA kupaskan pula mengenai Puteri Rym.

Puteri Rym adalah isteri kepada adik tiri Raja Abdullah II iaitu Putera Ali. dan bukanlah bukanlah berasal daripada keluarga diraja. Tetapi dia telah pun mencipta namanya sendiri sebagai seorang jurnalis yang berjaya dan presiden festival filem terkenal.

Apa yang membuatkan DIVA tertarik dengan Puteri Rym adalah siapakah dirinya yang sebenar dan bagaimana dia berjaya menukar jalan cerita hidupnya; bermula daripada seorang jurnalis kepada isteri ahli kerabat diraja Jordan dan kini memegang jawatan presiden Festival Filem Amman.

Nak tahu lebih lanjut tentangnya, baca kupasan di bawah;

Bukan dari latar keluarga yang biasa, bapanya adalah…

Puteri Rym atau Rym Brahimi dilahirkan di Kaherah pada tahun 1969. Dia merupakan anak kepada pasangan Lahkdar Brahimi dan Mila Bacic yang memiliki darah Crotia-Armenia.

Foto – Noblesse & Royautés

Info: Puteri Rym mempunyai dua orang saudara lagi. Dia telah membesar di United Kingdom dan meneruskan pengajian di Amerika Syarikat serta Perancis.

Bapanya, Lahkdar Brahimi adalah seorang diplomat Algeria. Dia telah mengetuai urusan kementerian hal ehwal luar negara Afrika selama dua tahun. Bukan itu saja, Lahkdar juga adalah bekas utusan khas PBB-Liga Arab ke Syria.

Berkahwin dengan adik tiri Raja Abdullah II

Berdasarkan sumber, pertemuan antara Puteri Rym dan Putera Ali iaitu adik tiri Raja Abdullah II berlaku ketika suaminya meminta pengawal diraja untuk bertemu dengan kakitangan CNN. Pertemuan itu bertujuan untuk mendapatkan pemahaman tentang situasi di Iraq.

Foto – Alchetron

Sebelum berkahwin pada 7 September 2002, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan di Paris. Majlis tersebut disiarkan secara langsung di televisyen Jordan dan dihadiri oleh keluarga dan tetamu kehormat. Dan kini Puteri Rym dan Putera Ali memiliki dua orang anak iaitu Puteri Jalila dan Putera Abdullah.

Pendidikannya pula dari universiti yang berprestij tinggi 

Sebelum bertemu dengan suaminya, Puteri Rym dikatakan memiliki latar belakang pendidikan daripada universiti yang berprestij tinggi. Bukan itu saja, dia juga dikatakan mempunyai pelbagai jenis anugerah akademik. Antaranya adalah:

Foto – @arabianroyalagency (IG)
  • Ijazah sarjana daripada Columbia University’s Graduate School of Journalism
  • Ijazah sarjana dalam bidang Sains Politik daripada Science Po, Paris
  • BA English Literature daripada Sorbonne University.

Bukan sahaja fasih dalam Bahasa Inggeris, malah Bahasa Perancis, Itali dan Arab.

Pernah jadi jurnalis CNN 

Buat yang tidak tahu, Puteri Rym adalah seorang jurnalis sebelum berkahwin. Dia memulakan kerjayanya di CNN sebagai penerbit dan kemudian menjadi wartawan perang di Iraq. Tetapi dia telah diusir dari Iraq oleh Saddam Hussein kerana laporannya.

Foto – Huff Post

Fakta: Puteri Rym telah membuat liputan yang merangkumi peristiwa besar seperti perang Irang, tindak balas Arab Saudi terhadap serangan 11 September, perang Kosovo dan pengeboman USS Cole.

Selain daripada CNN, Puteri Rym pernah bekerja untuk media lain seperti BBC, Dubai TV, Bloomerg TV dan United Press International.

Selain jadi isteri ahli kerabat diraja, kini memegang jawatan sebagai presiden filem terkenal

Puteri Rym telah membawa pulang pelbagai anugerah daripada berita, media, filem dan institusi kebudayaan di seluruh dunia. Julai 2011, Puteri Rym dianugerahkan hadiah wartawan antarabangsa terbaik di 32nd Ischia International Journalism Awards di Itali.

Foto – The Royal Forums

Setahun kemudian, Global Thinkers Forum pula anugerahkan kepadanya Anugerah Kecemerlangan dalam Media. Kini Puteri Rym adalah presiden Festival Filem Antarabangsa Amman dan mengetuai Yayasan Anna Lindh, sebuah organisasi pemerkasaan belia.

Hebat kan, bukan calang-calang orang Puteri Rym ini!

Tags: putera ali jordanputeri rymraja abdullah
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Puteri Rym: Dari Jurnalis Jadi Isteri Kerabat Diraja Jordan & Kini Presiden Festival Filem Amman

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.