Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Kenali One & Only Desaru, Resort Mewah Yang Jadi Tumpuan Percutian Selebriti

by Indah Aziz
August 28, 2022
Foto - Tatler Asia

Foto - Tatler Asia

25
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Longgar sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, paparan Instagram DIVA penuh dengan gelagat selebriti yang berkongsi lokasi percutian mereka. Nampaknya atas arahan kerajaan yang tidak membuka sempadan negara, spot percutian mewah dalam negara jadi sandaran.

Biasanya Langkawi antara yang disebut-sebut, tapi kali ini DIVA perasan percutian pulau kelahiran Mahsuri itu dilupakan seketika. Tag lokasi ‘One&Only Desaru Coast’ mencuri tumpuan DIVA.

Antara selebriti yang bercuti sakan di pantai private itu ialah Vivy Yusof, Marion Caunter dan Ameera Khan. Terkesima melihat gambar-gambar indah perkongsian mereka.

Foto – Instagram / @vivyyusof
Foto – Instagram / @marioncaunter

Jadi ada apa di One & Only, Desaru Coast? 

Resort mewah yang mendamaikan jiwa ini terletak di negeri Johor. Ia bukan sekadar menawarkan lakaran pantai yang indah dan tenang tapi layanan reka bentuk resort yang sangat menawan.

Foto – One & Only

Ruang penginapan iaitu ‘Villa One’ paling DIVA suka kerana ia sebuah bilik yang luas lengkap bersama kolam renang privasi. Ia juga boleh diubahsuai mengikut jumlah tetamu yang check-in.

IKLAN

Setiap daripada ‘rumah penginapan’ ini kaya dengan seni rekaan dalaman kontemporari Kampung Melayu. Bahkan suasana sekeliling resort seperti berada dialam hutan fantasi. Seakan One & Only terbina didalam hutan ini sendiri. Sudah tentu anda boleh menghirup udara segar disini.

Foto – One & Only

Ternyata One & Only, Desaru Coast kunci baru untuk anda membuang gamat hiruk-pikuk bandaraya buat seketika.

Rangkaian lain One & Only terdapat lebih dari 12 resort diserata dunia, mencakupi benua Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan banyak lagi. Ianya percutian khas untuk anda yang mengidam suasana privasi dan mewah dalam satu masa.

Maklumat lanjut atau tempahan layari pautan https://www.oneandonlyresorts.com/desaru-coast. Selamat bercuti!

Tags: one & only desaruresort desaruresort mewah johor
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kenali One & Only Desaru, Resort Mewah Yang Jadi Tumpuan Percutian Selebriti

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.