Saat belum mengenal set mekap, bedak kompak adalah item pertama yang wajib bagi mana-mana wanita. Sejak dari usia remaja hingga kini, dalam beg tangan pasti ada beg kompak.
Jadi sudah kita tahu, kegunaan bedak kompak yang menaikkan seri wajah, memudarkan segala cela dan paling penting ia mengurangkan kilatan akibat minyak muka.
Kini terdapat banyak formulasi bedak kompak yang bukan sekadar untuk alat touch-up tetapi juga memberi kesan kulit yang flawless dan sebenar.
Tanpa buang masa, DIVA kongsikan enam bedak kompak terbaik sepanjang zaman dibawah;
#1 NRC Luxury Micro Compact Powder SPF 3 [RM79]
Kelebihan: Bedak kompak dari jenama tempatan ini memberi covarege luar biasa! Ia dapat memudarkan tompok gelap, lingkaran gelap bawah mata dan menembusi halus pada kulit. Supaya tiada kesan bedak bercampuk dan kulit anda kelihatan seolah memakai foundation yang nipis. Kombinasi formula bedak dengan Vitamin C, Vitamin E, honey bee venom dan SPF 30, sesuai untuk semua jenis masalah kulit.
#2 Sephora Collection Matte Perfect Powder Foundation [RM87]
Kelebihan: Produk paling popular di Sephora! Bedak kompak matte ini sangat terbaik untuk kulit berminyak. Ia boleh mengawal kilatan sehingga 8 jam dan memudarkan cela wajah dengan sempurna. Malah teksturnya yang lembut dan tidak mengeringkan kulit membuatkan anda selesa untuk memakainya sepanjang hari.
IKLAN
#3 MAC Studio Fix Powder Plus Foundation [RM170]
Kelebihan: Produk bestseller dari MAC ini rasanya memang tak perlu DIVA cerita panjang lagi. Bedak kompak yang bertindak seolah-olah foundation dapat memberi tekstur kelihatan lebih halus dan mengawal kilatan minyak sehingga 12 jam. Menariknya lagi, bedak kompak matte ini mampu mengurangkan saiz pori-pori dan wajah anda tiada kesan flashback di dalam gambar.
#4 Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation [RM180]
Kelebihan: Setelah berjaya dengan rangkaian foundation, Fenty Beauty perkenal pula dalam bentuk bedak kompak. Formulasi taburan bedak yang ringan, tidak menyumbat pori-pori, boleh dipakai dari nipis hingga tebal dan paling penting memberi sentuhan seperti kulit baru. Malah ia kalis peluh, bebas kesan crease dan mampu menahan kilatan minyak pada wajah. Berbaloi!
#5 DIOR Backstage Face & Body Powder-No-Powder [RM180]
Kelebihan: Anda ingin bedak yang kesan natural? Bedak kompak dari DIOR Backstage ini bukan sahaja sesuai pada muka tetapi badan (leher, bahu, tangan) juga. Ia formula matte yang dicipta untuk kalis sebarang kesan minyak berlebihan. Malah bedak ini mampu memudarkan apa jua ketidaksempurnaan pada kulit seperti bekas jerawat, jeragat atau parut. Ramai yang cukup puas hati dengan bedak DIOR ini. Malah ada yang kata ia ada beri kesan glow pada kulit!
#6 Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Setting Powder [RM225]
Kelebihan: Bedak ini tengah popular di TikTok! Bedak kompak ini cukup halus yakni sesuai untuk digunakan sebagai setting powder. Ia bukan sekadar mengawal minyak dan memudarkan parut wajah. Tetapi menambah seri wajah dengan kandungan serbuk mutiara serta melembapkan kulit bersama pati minyak Rose dan Almond. Siapa sering berminyak dekat bahagian T-zone memang wajib touch-up dengan bedak Charlotte Tilbury.
Semua diatas memang berbaloi untuk anda dapatkan! Lebih lagi untuk produk kecemasan jika tertinggal foundation.
Selamat mencuba!