Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

mise en scène: Rangkaian Baru Perfect Serum, Bukan Sekadar Produk Rambut Biasa!

by Soph.Azz
August 26, 2022
Foto - mise en scène

Foto - mise en scène

44
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama produk Korea Selatan; mise en scène memperkenalkan rangkaian baru Perfect Serum yang didatangi dalam rupa yang baru dan formulasi yang dinaik taraf.

Merangkumi 7 jenis minyak berkhasiat, rangkaian ini membantu memperbaiki rambut rosak dengan penjagaan yang betul. Diuji secara dermatologi, rangkaian Perfect Serum ini sesuai untuk kamu yang mencari penyelesaian masalah rambut di rumah!

Rangkaian baru Perfect Serum ini terdiri daripada; Perfect Serum Original hingga Perfect Serum Rose Perfume, Perfect Serum Original Shampoo, Conditioner dan Treatment.

4 Jenis Perfect Serum Untuk Dipilih

Perfect Serum ini bukanlah serum rambut biasa kerana keberkesannya terbukti merawat kerosakan dengan serta-merta selepas digunakan. Malah kesannya kekal walaupun selepas 24 jam.

Foto – mise en scène

Serum rambut ini dilengkapi dengan fungsi Perfect Plus Care+ dan tujuh minyak berkhasiat antaranya; Minyak Argan, Minyak Kelapa, Minyak Biji Camellia, Minyak Biji Jojoba, Minyak Zaitun, Minyak Aprikot dan Minyak Biji Birrea.

IKLAN

Dan menerusi rangkaian ini, mise en scène menampilkan 4 jenis serum yang direka untuk keperluan dan jenis rambut yang berbeza seperti Perfect Serum:

Foto – mise en scène
  • Original – Mengandungi bauan bunga dan buah, serum ini direka untuk berikan kilauan dan penghidratan pada rambut.
  • Styling – Diselitkan dengan bau kasturi, serum ini dicipta untuk kekalkan gaya rambut sambil melindungi dan membaiki rambut yang rosak.
  • Watery – Sesuai untuk kulit kepala berminyak dan nipis, serum cepat serap ini mempunyai bau sitrus yang menambah kelembutan pada rambut.
  • Rose Perfume – Mempunyai bau ambar dan ros, serum ini mempunyai manfaat sama seperti Perfect Serum Original.

Rangkaian Lengkap Dengan Syampu, Perapi & Rawatan

Syampu dan perapi Perfect Serum membantu menghilangkan kusut dan mengelakkan kusut daripada berlaku selepas dibilas. Gel premium ke formulasi tekstur buih ini berfungsi untuk menyerap dan membuang bahan buang selain membekalkan nutrien kepada rambut.

Foto – mise en scène

Diselit dengan rasa segar dan manis sitrus; bauan epal hijau, bunga oren serta lily of the valley, syampu dan perapi ini menjadikan rambut lebih lembut dan berkilat selepas kering.

Manakala rawatan Perfect Serum yang mengandungi 7 minyak berkhasiat ini dilengkapi dengan kesan salutan terbaik untuk melindungi rambut daripada kerosakan luaran. Formulasi rawatan Perfect Serum yang tidak melekit, melekat rapat pada rambut dan tidak hilang walaupun terkena air.

Pada 9 September 2022, kamu boleh dapatkan syampu (RM38.90/530ml), perapi (RM38.90/530ml) dan rawatan (RM45.90/330ml) Perfect Serum di Watsons, web mise en scène, Lazada, Shopee dan Hermo.

Tags: mise en scène hair serummise en scène shampoomise-en-scene
Share18SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    mise en scène: Rangkaian Baru Perfect Serum, Bukan Sekadar Produk Rambut Biasa!

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.