Memandangkan cuaca di Malaysia sangat panas, memang tak hairanlah kenapa ramai wanita mula gayakan seluar pendek bila keluar, kan?
Kalau kamu perhatikan setiap seluar pendek yang mereka pakai; ada yang ketat hingga ikut bentuk kaki, ada yang terlampau longgar dan macam-macam lagi.
Entri kali ini, DIVA nak kenalkan kamu dengan beberapa jenis seluar pendek yang ada, dan bagaimana cara untuk menggayakannya. Sama ada gaya classy, kasual atau sporty looks; scroll sampai habis untuk lihat beberapa idea yang menarik menjadikan pemakaian seluar pendek kamu lebih fun dan chic!
Biker Shorts
Ada yang panggil legging kerana biker shorts menggunakan fabrik yang sama regangannya. Fabriknya adalah kain spandex, iaitu kain yang ketat dan mudah untuk si pemakai bergerak.
- Foto – Pinterest
Dalam trend terkini, biker shorts sangat popular hingga ada yang padankan dengan crop top, off-shoulder top atau oversized suit dengan kasut tinggi atau sandal bagi mencipta penampilan yang sangat bergaya. Kamu juga boleh gandingan oversized t-shirt atau crop camo top dan sneaker untuk nampak lebih sporty.
Cutoff Shorts
Cutoff shorts adalah seluar pendek yang diperincikan dengan potongan yang unik di sekeliling bukaan kakinya. Nampak macam tak kemas tetapi seluar pendek ini sangat popular tau.
- Foto – Pinterest
DIVA cadangkan kamu padankan seluar pendek ini bersama oversized t-shirt atau oversized shirt bersama sneakers atau but kegemaran untuk gaya kasual yang lebih cool.
IKLAN
Seluar Pendek Jeans
Berfabrik denim, kebiasaannya seluar pendek jeans ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna sama ada biru tua, biru muda, hitam atau pun putih.
- Foto – Pinterest
Manakala untuk gayakan seluar pendek jeans ini, kamu boleh gayakannya dalam stail monokrom yang cool, atau dengan oversized t-shirt yang digandingkan dengan sneakers. Kamu juga boleh padankannya dengan blazer serta kasut tinggi untuk nampak paling bergaya.
High-Waisted Shorts
Seluar pendek yang ‘wajib’ setiap wanita ada, high-waisted short ini boleh membantu kamu untuk pamerkan bentuk badan yang menggiurkan serta memberi ilusi kaki yang panjang. Dari segi fabriknya pula, ada pelbagai pilihan untuk dipilih seperti kapas, polister, jeans, chiffon, linen, kulit dan banyak lagi.
- Foto – Pinterest
Bagi menggayakan seluar pendek jenis ini, DIVA sarankan kamu untuk padankan bersama sweatshirt, sweater, cami top, draped neck satin, atau matching set.
Seluar Pendek Bermuda
Bagi yang tidak tahu, seluar pendek Bermuda adalah seluar pendek yang lebih kurang 1-2 inci panjangnya dari atas lutut.
- Foto – Pinterest
Gaya seluar pendek Bermuda ini sesuai dikenakan bersama t-shirt atau crop top untuk gaya jalanan. Manakala untuk kasual atau separa rasmi, kamu boleh padankan bersama blazer atau kemeja.
Selamat beramal!