Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Mid-Autumn Festival semakin hampir. Dan menjadi satu kewajipan bagi mereka yang menyambut perayaan menikmati kek bulan yang comel dan padat dengan inti yang manis!
Sempena dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini; DIVA cadangkan untuk kamu dapatkan kek bulan paling terbaik daripada beberapa lokasi ini seperti…
#1 foodpanda
Memperkenalkan kek bulan Pau Pau yang disediakan secara eksklusif oleh Tai Thong, foodpanda Malaysia menjual kek bulan ini pada harga permulaan RM14.90. Kamu boleh dapatkannya dalam tiga perisa iaitu Pure Lotus, Lotus Single Yolk dan Pure Red Bean.
- Foto – foodpanda Malaysia
Rakan niaga foodpanda yang lain turut tawarkan perisa kek bulan seperti Kek Bulan JMM Lava Tiramisu oleh Lotus (RM22.80), Kek Bulan Shanghai Yam Single Yolk oleh AEON Delicateseen (RM18), Kek Bulan Heavenly King Durian oleh Mountain Cat Durian (RM118) dan Kek Bulan Pakej Nilai oleh Baker’s Cottage pelbagai perisa (RM64.99).
Ikuti jualan kilat dengan diskaun sehingga 25% pada setiap Jumaat (6 petang-9 malam) bagi semua kategori barang serta tawaran mingguan lain seperti:
- 26/8-1/9: Parti Minum Petang iaitu tawaran istimewa untuk barangan parti dan minuman.
- 2-8/9: Mania Kek Bulan iaitu diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain di pandamart.
- 9-15/9: BBQ Bonanza iaitu makanan beku, perasa makanan dan keperluan masakan.
#2 Pavilion Bukit Jalil
Nikmati perisa kek bulan yang terbaik, penuh dengan rasa lazat dan unik di:
IKLAN
- Foto – Pavilion Bukit Jalil
- Dragon-i, Tingkat 1 (Zon Jingga): Kek bulan perisa durian yang penuh dengan pulpa Musang King yang berkrim.
- Grand Harbour, Tingkat 5 (Zon Pink): Peti Premium VIP menampilkan pelbagai perisa seperti White Lotus Double Yolk, White Lotus Single Yolk, Supreme Nuts dengan Ham dan Jade Lotus Single Yolk.
- Inside Scoop, Tingkat 3 (Zon Pink): Kek bulan yang diisi dengan 4 perisa aiskrim; coklat gelap+oren, durian+coklat ganache, teh oolong+kacang merah dan yogurt raspberi+bunga kacang biru.
- Foto – Pavilion Bukit Jalil
- Moonlight Cake House & Cafe, Tingkat 1 (Zon Jingga): Ada 17 perisa untuk dipilih dan yang kamu wajib cuba perisa Single Lotus Yolk, Teratai Putih, Durian Lotus atau Kacang Campuran.
- PUTEIN, Tingkat 5 (Zon Jingga): Inspirasi gaya Teochew dengan inti tradisional seperti keladi dan keledek ungu yang diselubungi dengan kerak serpihan yang digoreng.
- Foto – Pavilion Bukit Jalil
- Lavender, Tingkat 1 (Zon Jingga): Penuh dengan lava telur itik kuning yang masin berkrim; kek bulan di sini adalah yang terbaik!
- duluKINI, Tingkat 2, (Zon Pink): Selain pelbagai perisa ditawarkan; nikmati Set Kuih Bulan Birdnest yang menggabungkan kek bulan perisa unik dengan 2 botol birdnest.
19/8-11/9, sertai Karnival Kegembiraan yang menyediakan pelbagai aktiviti dan bengkel seperti bengkel pembuatan tanglung; persembahan instrumen, tarian, Perarakan Tanglung, Bunny Petting Zoo, Sesi Pengucapan Awam Kanak-Kanak, Persembahan Wushu dan Skrin Hajat Tanglung DIgital.
#3 Grand Hyatt KL X Melinda Looi
Berkolaborasi dengan Melinda Looi, Grand Hyatt memperkenalkan ‘The House of Shí Wǔ 十五之家’, iaitu siri kuih bulan avant-garde yang meraikan warisan klasik budaya Peranakan di Malaysia.
- Foto – Grand Hyatt KL X Melinda Looi
Kolaborasi ini menampilkan perisa kuih bulan seperti Shanghainese Yam dengan Single Yolk; Pure Red Bean, Pure Pandan dan White Lotus dengan Double Yolk, fortune cookies, gula-gula serta siri premium teh tradisional.
Dalam pakej ‘The House of Shí Wǔ 十五之家’, kamu juga akan diberi permainan kanak-kanak dahuli seperti rantai kunci acuan kuih bulan mini GHKLXML, tanglung kertas, dan bulu tangkis warna-warni. Malah kamu juga akan mendapat tudung GHKLXML dan lilin wangi GHKLXML.
Beli pakej ini secara pra-pesanan di [SINI] dengan harga Early Bird RM288nett (Harga Asal: RM328nett) sementara stok masih ada.