Tak salah pun kalau tinggalkan sekejap konsep high-fashion dengan tampil aksesori unik!
Himpunan beg tangan berjenama yang DIVA bawakan kali ini sangat kena untuk anda yang ingin berhias dengan tema fun & playful. Ia seolah anda menjinjit tongkat sakti yang akan membuat ramai memandang dan jadi buah mulut fesyen.
Bukan sekadar untuk seronok dalam berfesyen. DIVA percaya koleksi beg tangan istimewa ini anda boleh jadikan sebagai koleksi edisi terhad.
Mari lihat!
Chanel Heart Bag [RM22,750]
Terbaru dari Chanel! Ia hadir dalam look 38 atas pentas peragaan Chanel Spring-Summer 22 baru-baru ini. Beg tangan bentuk hati ini cukup memikat. Apatah lagi digayakan dengan outfit kasual atau ke parti. Dilengkapi logo ikonik double-C pada bahagian hadapan dan butang hati C keemasan pada tali zip. Kalau dapat satu beg hati Chanel ini memang dah tak perlu beg lain!

Balenciaga SneakerHead [RM11,700]
Sporty girl, where are you?! Beg tangan rekaan Balenciaga ini cukup luar biasa. Ia diinspirasikan dari kasut Track sneakers mereka. Tak sangka, beg tangan ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat beg tangan mewah. DIVA juga dapati beg sneaker ini dah mula sold out!

Pucci Riccio Pom Pom Bag [RM10,050]
Jenama Pucci kembali dengan beg tangan comel seakan-akan pom pom si gadis cheerleader! Setiap satu rumbai pom pom mepunyai cetakan khas Pucci dan dilengkapi manik-manik halus. Bahagian dalamnya pula dari kain sutera dengan corak Marmo. Beg tangan Pucci sagat sesuai dijadikan akseori ke kelab malam, parti atau festival muzik!

Christian Louboutin Paloma Th Mini [RM12,100]
Quirky tapi masih mengekalkan keanggunan dan sifat sofistikated pada nama Christian Louboutin. Paloma Th Mini ini merupakan beg tangan edisi terhad yang menampilkan ilustrasi dari pelukis, Doctor Bored. Ia membawa tema retro, seksi dan feminin dalam satu masa.

Moschino Motorcyle Bag [RM7390]
Siapa yang berjiwa rockers dan biker kental, ini beg tangan paling kena dengan anda! Bahagian hadapan beg ini merupakan jaket kulit yang dihiasi zip dan butang keemasan. Ia boleh digayakan sebagai shoulder bag atau sling.

Kongsi dengan DIVA, beg tangan yang mana telah mencuit hati anda?