Hujung minggu lalu, Jennifer Lopez dan Ben Affleck mengadakan majlis perkahwinan, kali ini di hadapan ahli keluarga dan rakan rapat. Perkahwinan itu diadakan di rumah agam Ben Affleck bernilai AS$8.9 juta (RM40 juta) di Riceboro, Georgia, Amerika Syarikat.
Dan semestinya, peminat penyanyi Latin ingin tahu akan pakaian yang akan disarung untuk perkahwinannya itu. Jennifer mengenakan tiga gaun pengantin rekaan pereka fesyen Ralph Lauren.
View this post on Instagram
Tetapi gaun pertama yang dipakai ketika berjalan di alter paling mencuri tumpuan. Katanya diperbuat daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain.?
IKLAN
Menurut Vogue, lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk gaun turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan dengan tangan, menghasilkan skirt yang besar dan romantik. Lengan juga diselitkan dengan ruffle, memberikan perincian yang manis sekali. Vale panjang meleret menambah dramatik kepada busana.
View this post on Instagram
Pengantin lelaki turut melengkapkan penampilan dengan jaket tuksedo putih Ralph Lauren Couture, seluar hitam dan tali leher hitam.