Menyediakan ruang untuk membebaskan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota, tetamu tempatan dan antarabangsa boleh memulakan kenikmatan ketenangan di Else Hotel Kuala Lumpur.
Terletak di bangunan Wisma Lee Rubber, yang berada di tengah-tengah ChinaTown Kuala Lumpur, Else mengekalkan legasi seni bina mercu tanda ikonik itu dan pada masa sama turut menerapkan reka bentuk kontemporari dan pendekatan baharu terhadap hospitaliti.
Bilik-Bilik di Else
Hartanah 49 bilik, yang telah dibaik pulih dan ubah suai ini mempunyai keluasan 56,000 kaki persegi dan merangkumi ruang setinggi tujuh tingkat. Terdapat empat kategori bilik ditawarkan untuk tetamu, antaranya;
- Foto – Else Hotel
- Bilik Mantra (Standard) – Seluas 25 meter persegi yang dilengkapi dengan katil bersaiz King dan bilik air serba mewah.
- Bilik Urban (Deluxe) – Bilik seluas 33 meter persegi yang dilengakapi dengan ruang tempat duduk.
- Bilik Sanctuary – Dilengkapi dengan katil bersaiz Super King dan sebuah balkoni peribadi, membolehkan tetamu menikmati pemandangan kota.
- Bilik Sutera – Bilik suit dengan keluasan 69 meter persegi, menampilkan ciri-ciri mewah lengkap dengan ruang tamu peribadi yang boleh memuatkan sebuah keluarga.
- Else Suite – Keluasan 84 meter persegi menawarkan pemandangan Kuala Lumpur yang sangat luas dan balkoni persendirian yang bersambung daripada bilik ke ruang tamu.
- Foto – Else Hotel
Semua bilik dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini sepeti tablet multimedia dan sistem bunyi Bluetooth. Di dalam semua bilik dan suit, para tetamu boleh menikmati produk penjagaan diri keluaran Omno, jubah mandi LULLA dan pengering rambut Dyson.
IKLAN
Tekstil Direka & Ditempah Khas
- Foto – Else Hotel
Tekstil hiasan kepala katil, kain hamparan dan permaidani telah direka bentuk dan dihasilkan di Malaysia oleh Omar Khan, seorang anak kelahiran Singapuran yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Karya Seni Menghiasi Dinding Else
- Foto – Else Hotel
Di Else, karya seni tempatan daripada artis-artis Malaysia hebat menghiasi dinding-dinding Else, termasuk Fauzul Yusri, Fendy Zakri, Fawwaz Sukri, Nathan Fikri. W. Rajaie. B dan Firdaus Ismail. Terdapat juga karya seni artis luar seperti Joe Fleming dari Kanada dan Argie Bandoy dari Filipina turut dipamerkan.
Isi Perut di Restoran & Bar
Di sini, dua konsep restoran telah direka bentuk secara khusus, antaranya;
- Foto – Else Hotel
- Restoran Raw Kitchen Hall – Dibuka sepanjang hari. Menunya ringkas dan elegan, dan diketuai oleh Chef Malaysia, Leong Chee Mun dan Wah Yin Xing yang kembali ke tanah air selepas sekian lama berkhidmat di restoran bertaraf dunia di Singapura. Menawarkan hidangan berinspirasikan Asian dan Mediterranean yang unik.
- The Yellow Fin Horse – Sebuah restoran berkonsepkan open-fire yang menggabungkan hidangan makanan laut Antarabangsa dan Malaysia. Diterajui oleh Chef Jun Wong yang terkenal di Malaysia, menunya akan digandingkan dengan pilihan wain asli yang terbaik.
- Foto – Else Hotel
Else dibuka pada 10 September 2022 dengan kadar pembukaan RM 398 sehingga 31 Oktober 2022. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Else, sila kunjungi www.elseretreats.com.