Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Padanan Sesuai Lip Liner & Gincu, #DIVAKongsi Tips Pilih Dengan Tepat

by Soph.Azz
August 24, 2022
12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau suka bibir nampak mungil dan besar, jangan tinggalkan 2 item ini!

Trend yang sedang berlegar dalam komuniti  ketika ini adalah memiliki bibir yang seksi, mungil dan besar. Untuk ikuti trend tersebut, kamu akan memerlukan 2 item yang sangat penting iaitu lip liner dan gincu.

Tetapi untuk mereka yang pertama kali a.k.a newbie yang mahu sertai trend ini; mereka sering hadapi kesukaran dan kerap kali tersalah memadankan warna 2 item ini.

Untuk si newbie yang mahu sertai trend ini, DIVA ada beberapa tips berguna untuk kamu pilih warna lip liner dan gincu yang sepadan. Tipsnya adalah:

  • Bila kenakan lip liner berwarna koko…

Foto – Pinterest

Lip liner berwarna koko ini adalah warna yang asas dan sesuai untuk setiap jenis warna gincu. Tetapi kebanyakannya akan padankan lip liner berwarna ini dengan gincu berwarna nude peach, nude pink, peach atau brick orange.

IKLAN

  • Kalau ada lip liner berwarna nude, padankan dengan…

Bila kamu kenakan full eye makeup atau penampilan yang lebih kasual dan rileks, warna bibir kamu mestilah warna nude!

Foto – Pinterest

Lip liner warna nude sering dipadankan dengan gincu berwarna peach atau warna nude juga. Tujuannya adalah untuk tidak membuatkan penampilan kamu nampak terlalu serabut dan berat.

  • Untuk lip liner berwarna merah…

Foto – Pinterest

Kebanyakan lip liner berwarna merah akan dipadankan bersama gincu warna merah. Sama ada lip liner warna merah tua atau maroon; ianya boleh dipadankan dengan gincu merah terang untuk hasilkan bibir ombre.

Petua untuk gunakan lip liner dengan betul!

Ada dua jenis lip liner: (1) Gel – Sangat lembap dan senang disapu, teksturnya pula seperti sheer lipstick dengan kilauan. (2) Pensel – Kering dan matte, sesuai untuk finishing matte.

  1. Sapukan lip balm atau lip mask di seluruh bibir termasuk lah di tepi bibir untuk kekalkan kelembapan.
  2. Selepas itu ambil tisu dan kepitkan antara bibir untuk buang lebihan sisanya.
  3. Kemudian mula gariskan lip liner di sepanjang bibir kamu; sama ada ikut garis asal bibir atau luar bibir. Ikut bentuk bibir yang kamu suka.
  4. Setelah selesai lukis garisan di bibir, sapukan gincu secara beransur-ansur atau berlapis. Sapu di dalam garisan yang dilukis.
  5. Akhir sekali kepitkan bibir atau guna berus gincu untuk ratakan gincu di bibir atas dan bawah.

Selamat beramal!

Tags: lip liner terbaiktips pilih gincutips pilih lip liner
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Padanan Sesuai Lip Liner & Gincu, #DIVAKongsi Tips Pilih Dengan Tepat

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.