Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pilih ‘Straw Visor Hat’ Dior Atau Prada? Pelengkap Gaya Percutian Pulau

by Indah Aziz
August 27, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila bercuti ke pulau peranginan atau pantai, pasti tidak mudah untuk menjaga keselamatan kulit dari sinaran terik matahari. Segenap kulit pasti disimbah oleh cahaya kuning yang boleh memberi risiko kerosakan kulit jika terdedah terlalu lama. Jadi krim dan aksesori pelindung matahari amat penting dibawa sepanjang percutian.

Buat anda yang ingin kekal bergaya sambil menjaga kulit terutamanya bahagian wajah. Visor hat antara aksesori kepala yang kian menjadi perhatian. Jika dulu hanya digunakan oleh ahli sukan, tapi kini rekaan visor hat diolah lebih diperincikan dengan estetika peragaan. Ia lebih gah, ekstra dan menarik perhatian.

Foto – Pinterest

Visor hat dapat melindungi wajah terutamanya bahagian hidung, pipi dan mulut. Tidak seperti topi biasa, bahagian atas visor hat biasanya terbuka. Jadi anda boleh mengayakan rambut dan hijab seperti biasa.

IKLAN

DIVA cukup suka sekali dengan dua visor hat dari jenama Dior dan Prada ini. Kedua-duanya bercirikan ikatan jerami atau dipanggil ‘straw’. Agaknya anda nak pilih yang mana? Mari kita sama-sama pilih!

DIOR D-Natural Visor White [RM4000]

Foto – DIOR

Memang tercipta untuk personaliti fesyen seperti anda. Lilitan lambang CHRISTIAN DIOR tersemat bersama kerawang bunga yang cukup signifikan dari jenama ini. Ia antara aksesori khas rekaan Dior untuk fesyen musim panas. Visor hasil dari 100% jerami dan saiz visor boleh dilaras. Terdapat dua warna pilihan iaitu biru dan merah jambu.

PRADA Tan/black Straw Visor [RM3030]

Foto – PRADA

Rekaan yang lebih ringkas dan gah dengan logo segitiga hitam Prada di tengah visor. Bahagian visor lebih lebar dan cukup menutupi wajah anda. Warna coklat jerami yang natural membuatkan vidor hat ini senang dipadankan dengan apa jua warna atau gaya outfit.  Samada untuk santai di pantai atau keluar bersiar-siar di pekan kecil pulau. Menariknya lagi, visor Prada ini mempunyai saiz ukuran kepala. Jadi ia lebih bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsi!

Soalan serius dari DIVA. Prada atau Dior? Pilih sekarang!

Tags: dior visorprada visorstraw visor hat
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Pilih ‘Straw Visor Hat’ Dior Atau Prada? Pelengkap Gaya Percutian Pulau

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.