HABIB bersemangat meraikan Hari Kebangsaan melalui Kempen Kemerdekaan yang berlangsung sepanjang bulan Ogos di seluruh bilik pameran HABIB.
Mengangkat tema ‘Keindahan Malaysia’ untuk kempen kemerdekaan pada tahun, HABIB menjanjikan kelainan menerusi koleksi-koleksi baru yang unik dan khas sempena bulan ini.
- Foto – HABIB
HABIB melancarkan koleksi baharu Syiling Wafer Emas 999 dengan rekaan tiga bangunan ikonik dan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Parlimen Malaysia serta Menara Berkembar KLCC yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Setiap rekaan Syiling Wafer Emas 999 ini mempunyai penceritaan serta tarikan tersendiri, menjadikan koleksi tahun ini lebih eksklusif dan unik.
IKLAN
- Foto – HABIB
Tampil dengan kelainan, Syiling Wafer Emas 999 kali ini didatangkan seperti bentuk buku, dengan rekaan seni bina ikonik berbentuk 3D diterjemahkan dan diselitkan juga sedikit ringkasan mengenai bangunan tersebut.
Setiap rekaan Syiling Wafer Emas 999 ini boleh didapati pada harga RM118 sekeping di kesemua bilik pameran HABIB seluruh Malaysia.
Sebagai kemuncak Kempen Kemerdekaan, HABIB turut menganjurkan Bazar Merdeka yang akan bermula daripada 31 Ogos sehingga 5 September 2022 di ibu pejabat HABIB di Ampang.
- Foto – HABIB
Layari laman sesawang www.habibjewels.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.