Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Gandingkan Shorts-Sneakers Macam Selebriti Ini Buat, Baru Nampak Lebih Stail!

by Soph.Azz
August 23, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam banyak-banyak gaya, DIVA paling suka gandingan seluar pendek dan sneakers. Gandingan ini menjadi pilihan kebanyakan orang kerana ia boleh mencipta pelbagai penampilan, sama ada kasual atau bold.

Dan kalau kamu perasan, ramai selebriti mula gayakan gandingan ini dalam cara masing-masing.

Untuk menjadikan gandingan ini lebih menyeronokkan dan lebih bergaya, DIVA himpunkan beberapa gaya selebriti yang boleh kamu ikuti seperti:

Ala-Ala Atlet 

Foto – Pinterest

Macam Bella Hadid pula, dia akan gandingkan tank top rona putih-hitam dengan bike short yang sangat ketat. Bahagian bawah pula, Bella kenakan stokin tinggi putih dan kasut Nike X Supreme Zoom Streak. Jangan lupa lengkapkan gaya tersebut dengan kaca mata.

Fesyen Percutian

Padankan high-waisted Bermuda shorts yang panjangnya antara 1-2 inci dari atas lutut. Saranan DIVA pilih short yang mempunyai perincian wide legs dan pleated yang besar,

IKLAN

Foto – Pinterest

Kemudian padankan dengan off-shoulder top, cami top  atau spaghettistraps top. Untuk sneakers pula, pilih sama ada warna putih atau warna senada dengan baju kamu untuk nampakkan gaya yang seimbang.

Gaya Budak Bandar 

Foto – Pinterest

Padankan t-shirt dengan seluar pendek jenis Mom Jean yang mempunyai perincian seperti fringe-cut di bahagian bawahnya. Kemudian lengkapkan look kamu dengan sneaker Adidas Yeezy 500 Utility dalam rona hitam. Nak nampak lebih cool macam budak bandar, gayakan rambut dengan gaya sleek bun.

Fesyen Street-Smart

Foto – Pinterest

Atau kamu boleh gayakan seperti Gigi Hadid; padankan blazer, t-shirt grafik dan bike short yang sangat ketat. Bahagian kaki pula, kenakan stokin paras buku lali dengan sneaker dari Reebox. Jangan abaikan aksesori seperti kaca mata dan beg tote berwarna-warna.

Gaya Mewah & Eksklusif

Foto – Pinterest

Tiru gaya Kristen Stewart di mana dia memadankan pakaian mewah Chanel; jacket hitam dan white tank top dengan bike short rona hotam. Kemudian untuk sneaker, dia gunakan Nike Dunk Retro untuk hasilkan rupa yang lebih mewah dan eksklusif.

Mana satu yang akan kamu ikuti?

Tags: gigi hadidkendall jennertrend short-sneakers
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Gandingkan Shorts-Sneakers Macam Selebriti Ini Buat, Baru Nampak Lebih Stail!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.