Info: Time Zone adalah pengedar utama jenama jam tangan terpilih di bawah kelolaan HABIB Group.
Ramai yang teruja selepas mengetahui Time Zone melancarkan koleksi Timex Edisi Terhad. Ini kerana koleksi edisi terhad ini menampilkan jam tangan dari empat koleksi popular; siri sci-fi drama, kartun, jenama dan permainan arked.
Timex x Peanuts (RM399-RM599)
Koleksi ‘Take Care with Peanuts’ menampilkan beagle kegemaran ramai iaitu Snoopy yang digambarkan dalam dua gaya ikonik Timex; Standard dan Weekender.
- Foto – Time Zone
- Timex Standard menampilkan tali Kulit Ecco®DriTan™ yang menggabungkan teknologi penjimatan air revolusioner sepanjang peringkat tanning dan finishing.
- Timex Weekender menawarkan tali slip-thru mesra alam yang direka dengan teliti daripada plastik kitar semula.
- Foto – Time Zone
Rona hijau yang vibrant menyerlahkan setiap jam tangan daripada lampu latar INDIGO® khas pada Timex Standard kepada grafik Peanuts original yang menampilkan Snoopy.
Timex x Coca Cola (RM469-RM1089)
Koleksi 1971 Unity menampilkan tanda keamanan ikonik pada Q Timex yang digemari ramai; ilustrasi retro Timex T80 yang menampilkan Iconic Hilltop Melody dan logo Coca Cola yang bold.
- Foto – Time Zone
- Foto – Time Zone
Reka bentuk yang terperinci dalam koleksi ini akan memberi nostalgia pada kamu; penuh dengan warna-warni berinspirasikan tahun 70-an yang menggambarkan keamanan, kasih sayang dan keharmonian.
IKLAN
Timex x Space Invaders (RM569)
Tersedia dalam 3 warna, koleksi TIMEX T80 X Space Invaders merangkumi nostalgia 70-an yang diperincikan tepat dengan tempoh seperti:
- Foto – Time Zone
- Gelang keluli tahan karat T80 dan struktur sarung retro 34mm
- Imejan “INVADERS” mahkluk asing pada lensa dan belakang sarung
- Lampu latar INDIGLO®berikan rasa straight-away-arcade
- Penggera dan jam randik
- Paparan tarikh dan reka bentuk ergonomik pada rintangan air 30 meter.
Paling best sekali, jam tangan koleksi ini mempunyai bunyi elektronik yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pemain Space Invaders!
Timex x Stranger Things (RM569)
Berlatarkan awal 80-an, koleksi Timex X Stranger Things menampilkan 3 model klasik dari era ikonik ini seperti Timex:
- Foto – Time Zone
- Camper – Mula hilang dengan bayang-bayang lampu latar INDIGLO® dengan imej tersembunyi.
- T80 – Jam tangan digital membuat debut pertama semasa kehilangan misteri Will Byers pada tahun 1983 yang menampilkan penggera tersuai dengan melodi Stranger Things.
- Atlantis – Debut pertama semasa kehilangan Will Byers, penonton mungkin pernah melihat Sheriff Hopper memakai jam tangan ini pada musim sebelumnya.
Tiga model klasik Stranger Things ini mempunyai gelang keluli tahan karat dan/atau tali fabrik, sarung dan tali resin, lampu latar INDIGLO®, penggera tersuai dan banyak lagi.
Kamu boleh beli koleksi Timex Edisi Terhad di The Watch Library @ Vernakular Store, Bangsar.