Hiperpigmentasi adalah masalah utama pengguna di Malaysia. Dan encorium®, jenama penjagaan kulit tempatan baru ada penyelesaiannya.
Menurut encorium®, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia lebih berkesan daripada vitamin E konvensional, tokoferol sebagai bahan pengalak asid L-askorbik (vitamin C) dalam merawat masalah hiperpigmentasi.
Oleh itu, encorium® melancarkan produk pertamanya CE3 Brightening Buffet. Serum diperbuat dengan pelbagai bahan aktif termasuk 18 peratus asid L-askorbik (Vitamin C), tokotrienol, tokoferol dan asid ferulik.
- Foto – Pengasas jenama encorium® Cynthia Lee
Pengasas jenama encorium®, Cynthia Lee berkata penguji-penguji produk jenama melaporkan penampilan kulit yang lebih berseri dan pemudaran noda-noda hitam dengan kadar yang lebih pantas dengan formula ini.
“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80% mendapati bahawai kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari.
“Asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar-pakar kimia.
IKLAN
“Walau bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu bahan yang paling sukar untuk dirumus ke dalam produk kerana kepekaannya terhadap udara, air, haba dan cahaya, yang menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat,” jelasnya.
- Foto – encorium®
Menurut pegawai perubatan Dr Amanda binti Elli, asid L-askorbik adalah salah satu bentuk vitamin C yang paling berkesan dalam penjagaan kulit topikal.
Badan kita terdedah kepada radikal bebas daripada bahan pencemar alam sekitar dan matahari setiap hari dan tanda-tanda tersebut hadir pada kulit kita kerana kulit adalah organ terbesar dan barisan pertahanan pertama manusia.
Vitamin C adalah antioksidan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan radikal bebas ini.
Info lanjut mengenai produk encorium®, pergi ke laman web rasmi mereka di www.encorium.my.