Mewahnya dan lebih back to nature dengan konsep indoor garden!
Selepas beberapa bulan pembukaan kafe The Lemon Tree di Petaling Jaya, kafe ini mengambil peluang untuk mengembangkan lagi cawangan mereka.
Kini lokasi terbaru kafe The Lemon Tree terletak di hotel 5 bintang di Bukit Bintang iaitu ROYALPARK Collection Kuala Lumpur. Apa yang best tentang lokasi baru kafe ini adalah suasana yang lebih mewah dan estetika!
IKLAN
Suntik Suasana Indoor Garden Yang Baru
Walaupun berbeza dengan kafe pertamanya, The Lemon Tree di hotel 5 bintang ini menampilkan kelainan yang unik sambil mengekalkan nilai asli dan estetikanya.
- Foto – The Lemon Tree Cafe
Suasanya kafe dalam taman ini menawarkan suasanya yang lebih mewah, dikelilingi dengan kehijauan pokok limau dan percikan rona kuning. Bukan itu sahaja, perabot kayu dan rotan dalam kafe ini mampu menempatkan sehingga 70 pax sekaligus.
Menu Khas Hanya Ada Di Cawangan Kedua Saja!
Seperti yang kita tahu, kafe The Lemon Tree menyediakan patiseri yang terbaik, menu sarapan lewat pagi dan kopi yang baru dibancuh. Bukan itu sahaja, kafe di cawangan ini turut menawarkan pilihan terbaru artisanal sourdough bake crust seperti:
- Foto – The Lemon Tree Cafe
- Yes Cheese! – Didatangi dengan keju Buffalo Mozza, Mozzarella, Cheddar, Parmesan dan Gorgonzola serta Artichoke & Mushroom dengan sweet sourdough bake crust yang ditabur Nutella dan Macadamia.
- Foto – The Lemon Tree Cafe
- Triple Cheese Toast Sandwich – Limpahan keju yang banyak untuk penggemar keju.
- Signature Salmon Crossaint – limpahan salmon dengan taburan cream cheese yang segar!
Untuk pengetahuan kamu, pilihan menu-menu di kafe The Lemon Tree di atas hanya tersedia di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.