‘Purple Truck’? Ini yang DIVA nak ceritakan tentang inisiatif terpuji dilakukan MCIS Life dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).
Pada 21 Ogos 2022, DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk melancarkan ‘Purple Truck’ di Padang Ipoh, Perak.
Trak ini merupakan koloborasi di antara MCIS Life dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) yang akan memberi khidmat saringan kanser percuma di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia.
Istimewanya, trak 17-kaki yang telah diubah suai sebagai platform untuk menganjurkan bengkel kesedaran dan kesihatan tentang penyakit kanser dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di kawasan pedalaman dan luar bandar.
- Foto – National Cancer Society Malaysia
Inisiatif ‘Purple Truck’ akan memberi tumpuan kepada tiga jenis kanser utama di Malaysia;
IKLAN
- payudara
- serviks
- kolorektal
“Kanser merupakan penyakit yang ama digeruni oleh warga Malaysia, namun kesedaran dan pengetahuan away tentang simptom dan tanda-tanda kanser masih lemah. Kemudahan rawatan kanser lebih tertumpu di bandar-bandar besar.
“Oleh itu, kami berharap trak ikonik ini akan menjadi titik tolak untuk lebih ramai rakyat Malaysia cakna tentang penyakit kanser dan menerima saringan untuk pengesanan awal,” kata Dato’ Dr Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM.
- Foto – National Cancer Society Malaysia
Program komuniti akan dikelolakan oleh pasukan bergerak NCSM yang terdiri daripada kakitangan perubatan terlatih, penasihat kesihatan berpengalaman dan sukarelawan penjagaan kesihatan.
‘Purple Truck’ akan memulakan perjalanan bersama pasukan perubatan terlatih dan sukarelawan dari NCSM ke lokasi di seluruh semenanjung Malaysia.
Jadual perjalanan ‘Purple Truck’ akan dikongsi di laman sesawang NCSM (www.cancer.org.my).