Sudah tahu apa kata zodiak kamu hari ini?
Sekiranya kamu salah seorang daripada mereka yang suka mencari atau selidik apa ramalan zodiak setiap hari, kamu berada di tempat yang betul! Dalam entri ini, DIVA nak kongsikan dengan kamu beberapa ramalan zodiak pada hari ini iaitu 22 Ogos 2022.
Nak tahu apa kata zodiak tentang hari kamu? Baca di bawah;
Capricorn (22/12 – 19/1)
- Foto – iStock
Tak salah untuk menunjukkan sisi diri kamu yang kurang sempurna. Tak salah untuk menunjukkan betapa lemahnya diri kamu. Jangan terlalu berpegang untuk nampak kuat setiap masa kerana ia membuatkan semua orang bergerak jauh dari kamu.
Aquarius (20/1 – 17/2)
Untuk si Aquarius, inilah masanya untuk kamu cipta resepi kebahagian sendiri. Lakukan apa yang kamu suka dan semua yang membuatkan kamu gembira tanpa hiraukan apa orang kata kerana ia adalah sifat sebenar kamu!
Pisces (18/2 – 19/3)
Bebaskan diri kamu daripada kisah cerita bahawa nilai diri kamu ditentukan oleh orang lain atau situasi sekeliling. Ini kerana kamu boleh mencari kebahagiaan, kegembiraan dan cinta dengan sendiri tanpa arahan.
Aries (20/3 – 19/4)
- Foto – iStock
Utamakan setiap peluang yang ada, yang boleh membantu kamu maju serta kembangkan diri (sama ada dari segi kerjaya tau pendidikan) ke arah yang betul. Jika hadapi kesukaran, berjumpa dan dapatkan nasihat serta tunjuk ajar daripada mentor kamu. Perhatikan keadaan sekeliling, banyak yang boleh kamu belajar daripadanya.
Taurus (20/4 -19/5)
Luangkan masa dan mula berpandangan jauh daripada kehidupan sekarang. Sekarang ini kamu sudah berada di landasan yang betul, jadi kekalkan apa yang kamu lakukan sekarang dan percaya pada diri!
Gemini (20/5 – 20/6)
- Foto – iStock
Kamu cenderung untuk menyakiti atau khianati diri sendiri. Jangan lakukan apa-apa sahaja yang boleh sakiti diri dan hati kamu. Mula bersikap jujur kepada diri sendiri dan terima segala kebenaran yang akan terjadi.
Cancer (21/6 – 21/7)
Melepaskan sesuatu mungkin akan tinggalkan kesan buruk dalam diri kamu. Tetapi ingat, tak semuanya akan beri kesan yang sama. Jadi belajar untuk lepaskan perkara yang tidak diperlukan dalam hidup dan jangan risau kamu sentiasa disokong oleh orang sekeliling. Masa untuk berubah menjadi lebih baik!
Leo (22/7 – 22/8)
Tiba masanya untuk kamu mula berfikiran positif dan tanam rasa syukur dalam diri. Walaupun pada awalnya susah untuk terima perubahan, lakukan sedikit demi sedikit dan kamu akan terbiasa dengannya.
Virgo (23/8 – 21/9)
- Foto – iStock
Untuk hari ini, semuanya berjalan dan berlaku dengan baik pada Virgo. Hari kamu akan dipenuhi dengan berita gembira, senyuman paling ceria dan paling penting semua perkara memihak pada kamu!
Libra (22/9 – 22/10)
Ada masanya sesuatu perkara tidak memihak pada kita dan membuatkan kamu berasa kecewa. Berhenti sekejap dan mula toleh ke belakang, lihat betapa jauh kamu melangkah untuk sampai ke tahap ini. Luangkan masa untuk bersyukur dengan kejayaan yang kamu kecapi sehingga sekarang.
Scorpio (23/10- 21/11)
Untuk melangkah ke arah kebaikan, kamu perlu mula bersikap lembut dengan diri sendiri dan jangan terlalu tegas. Jika hadapi kesukaran di tengah-tengah perjalanan hidup, berhenti ambil nafas dan cari punca kesukaran tersebut dengan tenang.
Sagitarius (22/11 – 21/12)
- Foto – iStock
Ini masanya untuk kamu buka hati kamu mencintai dalam kehidupan kamu! Sama ada dengan orang, pekerjaan atau apa-apa yang kamu tengah lakukan sekarang. Dengan lakukan itu, kamu dapat meneroka lebih banyak ‘kecantikan’ dalam kehidupan kamu!
Selamat beramal!