Wajarkah kebersihan feminin dipandang sambil lewa?
Ada wanita yang tidak pernah diberitahu bagaimana untuk menjaga bahagian peribadi mereka. Ini kerana ibu bapa menjangka perkara seperti ini adalah suatu hal yang akan diketahui secara semulajadi.
Dari stigma sosial yang dikumpulkan sejak beberapa generasi lagi, banyak anak gadis berasa malu untuk ke sekolah dan bukan hanya ini, ramai juga yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan bahagian peribadi mereka sehinggakan mereka sendiri menghadapi masalah.
Sudah tiba masanya untuk kita ambil tahu dan menangani masalah ini kerana ianya amat penting untuk semua. Ini tips bagaimana untuk menjaga kebersihan bahagian peribadi anda dan jangan sesekali mengambil mudah akan perkara ini.
Berhenti Pakai Pakaian Yang Terlalu Ketat
Pakaian yang terlalu ketat seperti skinny jeans boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing jika ianya dipakai untuk jangka masa yang panjang.
- Foto – Pinterest
Pakaian yang ketat di bahagian pinggang juga boleh menyebabkan tekanan yang tidak normal pada organ dalaman. Jangan rosakkan kesihatan anda hanya kerana ingin terlalu bergaya dengan fesyen dan trend masa kini.
Basuh Bahagian Sulit Setiap Kali Selepas Membuang Air
Kebersihan yang dijaga dengan betul sangat penting untuk kesihatan wanita dan dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan dari kuman yang membiak dikawasan tersebut.
Membersihkan bahagian ini juga dapat mempercepatkan proses pemulihan dan mencegah gejala yang tidak menyenangkan seperti kerengsaan (gatal) dan penyakit keputihan.
Elak Seluar Dalam Yang Terlalu Nipis Dan Ketat
Pakaian dalam yang ketat dan terlalu nipis dapat menyerap kelembapan dan mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.
- Foto – Pinterest
Pemilihan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas amat baik dan ianya membolehkan kulit anda dapat bernafas dengan sempurna dan pastikan seluar dalam sentiasa ditukar secara berkala dan bersih.
Gunakan Menstrual Cups (Cawan Haid)
Penggunaan tampon atau tuala wanita yang tidak ditukar pada waktunya boleh menyebabkan sindrom toxic shock syndrome yang berpunca daripada toksin bakteria.
Bahan kimia berbahaya seperti dioxine yang digunakan pada tampon atau tuala wanita biasanya boleh menyebabkan kesan sampingan seperti radang pelvis, kerosakan sistem imun, barah ovari, penyakit kesuburan dan gangguan pada fungsi tiroid.
IKLAN
Gunakan Probiotik Yang Semulajadi
Probiotik dapat membantu untuk mengelakkan jangkitan. Bahan ini juga dapat disediakan dalam pelbagai jenis menu makanan yang sihat dan dapat membantu anda kekal sihat dan cergas untuk jangka masa yang lebih panjang.
- Foto – Clean Eating
Antara makanan probiotik semulajadi yang boleh kami cadangkan adalah seperti yogurt, tempe, kimchi, miso dan keju.
Elak Sabun Wangi Atau Kasar
Jangan sesekali menggunakan sabun wangi atau kasar untuk membersihkan bahagian peribadi anda. Elakkan juga menggunakan produk pencuci yang mengandungi bahan pewangi.
Pastikan anda memilih pencuci yang bebas daripada sebarang bahan kimia. Sila baca dahulu bahan yang digunakan untuk mengekallkan pH dikawasan tersebut.
Tukar Tuala Wanita Setiap 3 Jam
Gantikan tuala wanita anda setiap 3 – 6 jam. Wanita yang mengalami aliran darah yang banyak digalakkan untuk menukar tuala wanita setiap 2 -3 jam, bagi yang kurang, tuala wanita boleh ditukar setiap 6 jam. Penggunaan tuala wanita yang terlalu lama sangat tidak baik, kita akan sentiasa merasa basah dan bau busuk juga akan mula timbul.
- Foto – Pinterest
Jaga kebersihan dengan mencuci tangan sebelum dan selepas menukar tuala wanita. Pemilihan pad yang sesuai juga sangat penting seperti tahap ketebalan, daya serap, bentuk, lebar dan gaya yang sesuai.
Kebersihan Sepanjang Tempoh Haid
Anda digalakkan untuk mencuci kawasan kemaluan dengan lebih kerap dan pastikan anda lebih kerap mandi sepanjang tempoh haid berlaku.
Sekiranya anda tidak dapat mencucinya, pastikan lap bahagian tersebut dari depan ke belakang sehingga bersih. Sekiranya anda menggunakan menstrual cups, bersihkan terlebih dahulu.
Basuh sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gantikan setiap 10-12 jam atau mengikut keperluan. Sebaiknya rebus atau sterilkan cawan haid di atas dapur atau boleh juga menggunakan microwave.
Lakukan Senaman Kegel
Senaman kegel adalah senaman yang paling sesuai kerana ianya amat mudah dan memberi kesan yang positif kepada tubuh badan dan dapat membina kekuatan otot pinggul. Senaman ini juga dapat membantu menguatkan otot di bahagian faraj, rahim, pundi kencing dan usus.
- Foto – Healthline
Dengan mengamalkan senaman kegel secara teratur, anda dapat mengembalikan kawalan air kecil dengan menguatkan otot-otot yang terlibat.